Jumaat, 27 November 2015
Apa motif pendedahan terbaru kes bunuh Kevin Morais?
Mohd Zaini Hardy
Kes pembunuhan Timbalan Pengarah Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara mendiang Anthony Kevin Morais kini memasuki fasa baru. Mohd Zaini Hardy Setelah hampir dua bulan berita mengenai pembunuhan Kevin sepi tidak dilapor oleh media susulan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menyelesaikan kes itu, negara tiba-tiba digemparkan kembali dengan pendedahan yang dibuat oleh abang mendiang, Charles Morais apabila mengaitkan seorang personaliti politik ternama bersama isterinya di dalam kes pembunuhan adiknya itu.
Meskipun, teka-teki mengenai pembunuhan Kevin itu telah terjawab apabila polis mengesahkan bahawa kematian Kevin sebenarnya didalangi oleh seorang bekas doktor tentera bersama beberapa individu lain, namun, pendedahan terbaru daripada abang mendiang itu telah menimbulkan spekulasi baru.
Jika benar dakwaan yang dibuat oleh Charles itu, kes kematian Kevin akan terus berlarutan dan pastinya menjadi tajuk paling hangat dalam laporan berita media atas talian, cetak mahupun elektronik.
Apa pun, semua itu bergantung kepada kerjasama yang harus diberikan oleh Charles kepada pihak berkuasa kerana padanya terdapat rahsia yang boleh menjawab satu persatu kes pembunuhan adiknya itu.
Terdahulu, pendedahan yang dibuat oleh Charles kepada media pada Rabu apabila menyatakan menerusi akuan bersumpah bahawa adiknya telah dibunuh ekoran sebab melakukan siasatan membabitkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan bersama isterinya.
Perkara itu diketahui setelah Kevin menceritakan segalanya ketika mereka berbual menerusi telefon tiga bulan sebelum mendiang dibunuh.
Pendedahan Charles kepada media mengenai perkara itu telah dibidas oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mahu dia bekerjasama dengan pihak polis tanpa menyembunyikan maklumat yang dimiliki.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad yang mahu supaya Charles membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan kepada individu-individu seperti yang didakwa.
Perkara itu perlu dilakukan segera bagi memudahkan pihak polis menyiasat sekaligus mendakwa individu-individu lain yang terlibat dalam pembunuhan itu sebagaimana dakwaannya.
Charles harus memberikan pemacu USB yang ada padanya kepada pihak polis untuk disiasat terlebih dahulu bagi mencari kesahihan dakwaannya itu.
Langkah itu perlu dilakukan kerana jika dia tidak berbuat demikian pendedahan yang dibuat sebelum ini akan lenyap atau mungkin akan bertambah panas lagi apabila ia sampai ke tangan pihak-pihak tertentu.
Charles perlu membuktikan perkara itu demi mencari pembelaan ke atas kematian adiknya dengan mengheret mereka yang turut sama bertanggungjawab kemuka pengadilan seperti dakwaannya itu.
Sungguhpun begitu, sesuatu yang menimbulkan persoalan dalam hal ini ialah mengapa mendiang yang merupakan seorang tahu tentang selok-belok undang boleh menyerahkan maklumat yang dimiliki kepada abangnya yang merupakan orang awam.
Bukankah mendiang sepatutnya menyimpan rahsia yang ada padanya daripada pengetahuan umum meskipun ahli keluarganya sendiri kerana ia bersangkut paut dengan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pendakwa?
Apakah motif dan kewajaran mendiang berbuat demikian hingga menimbulkan tanda tanya kepada umum ekoran dirinya yang merupakan seorang penegak undang-undang dan pencari kebenaran?
Semua itu hanya akan terjawab berdasarkan siasatan oleh pihak berkuasa dengan kerjasama daripada Charles, individu yang kini menjadi tumpuan dalam kes pembunuhan Kevin Morais.
Mayat Kevin sebelum ini telah ditemui didalam tong dram berisi konkrit di satu kawasan di Subang Jaya pada 16 September lalu selepas suspek yang terlibat dengan pembunuhannya menunjukkan tempat mereka membuang mayat mendiang.
Mayat yang sudah berbau itu dicampak di parit yang tersumbat dan pasukan mencari terpaksa menggunakan teknik menyelam untuk mengeluarkan mayat mendiang.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Thursday, 26 November 2015
Pendedahan Charles 'Pen Drive/ Pemacu USB' menimbulkan spekulasi baru kes bunuh Kevin Morais?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Khamis, 25 Januari 2018 Permatang Pauh: Amanah pastikan kemenangan PKR jika Pas letak calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan...
-
Selasa, 16 Februari 2016 Rafizi: MARA patut tuntut RM14 juta bagi asrama di Australia Hari ini, 3:25 petang Ahli Parlimen Pan...
-
Sabtu, 29 Mac 2014 Kebakaran Avionics milik MAS Zunar Kartunis Fan Club 4 jam yang lalu Siapa sabotaj? Apakah ini...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Jackson Doisi apa yg saya sampaikan bukanlah politik namun ini adalah kebenaran yang perlu di...
-
Sabtu, 2 Disember 2017 KITA TAK PERLU TUNGGU 30 TAHUN LAGI UNTUK MENGETAHUI SIASATAN 1MDB Rata-rata rakyat sedar penubuan RCI for...
-
Jumaat, 29 November 2013 Khalid Ibrahim mungkin ada motif menaikan gaji Adun Selangor TAFSIRAN MALAM ...
-
Sabtu, 4 Mei 2013 Putus Puting Tetek Dirogol Bangla Haramjadah Matlamat utama gua dalam entry kali ini ialah untuk mengingatkan s...
-
Ahad, 30 Oktober 2016 ‘Krisis hutang baru’ hantui bekas anak syarikat 1MDB FMT Reporters | October 30, 2016 Straits Ti...
0 comments:
Post a Comment