Thursday 25 May 2017

[Video KITA CARI DUIT, BAYAR HUTANG DIA! Undi Kerajaan Bukan Kasi Susah Rakyat] Mampukah Najib berbohong kepada 30 juta rakyat Malaysia?

Jumaat, 26 Mei 2017

Mampukah Najib berbohong kepada 30 juta rakyat Malaysia?


KUALA LUMPUR, 25 MEI: Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang ini bakal menyaksikan ‘timbul-tenggelam’ nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada akan terus mempimpin ataupun tewas.
Keputusan pilihan raya itu juga kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menentukan adakah Najib boleh ‘memperdayakan’ 30 juta rakyat Malaysia dengan skandal puluhan billion ringgit penggubahan wang haram 1MDB yang menyebabkan negara dilabel sebagai ‘negara kleptokrasi golobal’.
Bagaimanapun, segala skandal Najib itu kata Kit Siang cuba ditutup dan dialih dengan isu-isu berbaur perkauman.
Kit Siang berkata demikian mengulas dakwaan mengarut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya semalam.
Dakwaan palsu itu antara lain menyebut pilihan raya akan datang merupakan pertarungan antara kerajaan yang dipimpin UMNO dan kerajaan yang dipimpin DAP.
“Ini salah satu taktik dan strategi yang digunakan pemimpin dan propagandis UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk memperdayakan rakyat Malaysia seolah-olah skandal 1MDB dan kleptokrasi tidak kena mengena dengan pilihan raya umum ke-14,” katanya dalam kenyataan.
Kit Siang berkata, tulisan di blog Salleh itu merupakan sebahagian ‘rancangan besar’ untuk memesongkan gambaran sebenar PRU ke-14 kepada kononnya pertembungan antara orang MElayu dan Cina; antara orang Islam dan bukan Islam.
Namun ujarnya, skandal 1MDB yang menghantui kerajaan UMNO saat ini terlalu besar dan tidak mampu lagi disorok lagi dengan apa cara sekalipun.
“Najib dan UMNO-BN bagaimanapun tidak dapat mengawal apa yang berlaku di peringkat antarabang, skandal 1MDB ini akan terus menghantui Najib, begitu juga kita sebagai rakyat Malaysia,” kata beliau.
Tegas Kit Siang, PRU ke-14 akan datang bukan perlawanan antara orang Melayu atau Cina dan bukan juga pertembungan antara agama.
“Pilihan raya akan datang merupakan pertembungan di antara rakyat Malaysia yang mahukan demokrasi dan mereka yang mahukan kleptokrasi,” katanya lagi. -Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena