Sunday 21 May 2017

[Video Orang Muda Mahu Satu Perubahan, Kita Mahu Buang UMNO] Ada mata, telinga, & otak xmahu melihat, mendengar, & pikiaq...'PAS tak peduli, jawatan Exco S'gor hak mereka'!

Ahad, 21 Mei 2017
'Ugamawan buat undang2 sendiri hampir kepada fitnah kepada ugama Islam...'
Foto Suara Rakyat.
Bila rakyat cuba menegur isu sampah yg tak terbendung, begini jawapan balas pemimpin mereka..

"Orang macam inilah yang disebut ada mata tidak mahu melihat, ada telinga tidak mahu mendengar dan ada otak tidak mahu berfikir.. Orang macam ini tempatnya di neraka"

DAH MEMANG BENAR RAKYAT NAMPAK SAMPAH BERSEPAH TIDAK TERURUS.. TAK KAN RAKYAT NAK BUTA MEMBISU !!!

Sama-sama kita renungkan.
Siapa sebenarnya yg menentukan akan masuk syurga, neraka dan dapat pahala atau tidak ??!

Krikk.. Krikk.. Krikk..

Era polis 'pau' duit perlindungan sudah berlalu - Zahid
KUALA LUMPUR: Amalan mengutip 'duit pau' atau habuan untuk perlindungan dalam kalangan agensi penguat kuasa sudah lama berlalu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, gejala rasuah itu masih menular kononnya menanggung perbelanjaan 'meraikan' pegawai atasan yang turun melawat anggota bawahan, khususnya di peringkat daerah. 

"Ini alasan tidak cerdik kerana bercanggah dengan pendirian anggota penguatkuasa yang diberi amanah untuk memikul tanggungjawab melindungi negara dan masyarakat. 

"Tindakan pegawai atasan membuli anggota bawahan juga perlu dihentikan kerana amalan ini menjurus kepada perlakuan menghalalkan rasuah dalam kalangan unit beruniform. 

"Zaman untuk dapat rezeki tidak halal dan tanpa modal sudah lama berlalu, justeru tinggalkan amalan ini," katanya pada ucaptama menutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2017, di sini hari ini.

bharian.com.my

Foto Otai BERSIH.
Tahniah!! "

 'PAS tak peduli, jawatan Exco S'gor hak mereka'

KOTA BHARU: PAS sebenarnya 'anak jantan' kerana terus bertahan dengan jawatan dalam kerajaan Selangor, tanpa mengalah walaupun menerima tekanan dari pelbagai pihak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 

Sehubungan itu, katanya, parti itu tidak peduli dengan tekanan yang diberikan kerana jawatan Exco Selangor adalah hak PAS. 

Katanya, pendirian PAS tidak akan berubah selagi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak menitahkan Exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor meletak jawatan. 

"Biarlah orang nak kata apa.. kami setakat ini tidak akan keluar (dari kerajaan Selangor) dan Exco kami tidak akan letak jawatan. 

"Sebab itu bagi kami adalah 'anak jantan' apabila bertahan dengan jawatan, " katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan seorang perwakilan AMK PKR Johor mencabar Exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan' pada Kongres Nasional PKR, semalam. 

Ketika ini, tiga Exco PAS yang masih berkhidmat di bawah pentadbiran pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah Datuk Iskandar Abdul Samad memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar. 

Selain itu, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi manakala Zaidy Abdul Talib, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

www.bharian.com.my


1 comments:

Ab Rahman Yaacob said...

Masok Neraka kerana Syirik & Murtad, bukan kerana komen tentang pengurusan sampah di kota bharu...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena