Sunday 28 May 2017

[Video PAS jangan lupa, di Selangor ada Amanah, PPBM] Pemuda Amanah gesa akhbar The Star (BN) mohon maaf! "Cubalah klu ini berlaku pada DAP...."

Ahad, 28 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Akhbar biadap milik MCA cetuskan kemarahan Umat Islam di hari pertama Bulan Ramadan.

Banyak gambar boleh letak, tapi sengaja dia cari pasal letak gambar jemaah sedang sujud tunaikan solat di bawah tajuk muka hadapan.. "Malaysian Terrorist Leader"

Jika rakan sebantal Umno buat, senyap sunyi berita..
Cubalah klu ini berlaku pada DAP....

Pemuda Amanah gesa akhbar The Star mohon maaf

Akhbar The Star perlu mengakui kesilapan dan menjernihkan keadaan agar tidak timbul salah faham terhadap Islam kata Mohd Sany Hamzan
Pemuda Amanah Nasional menggesa akhbar The Star memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana menimbulkan persepsi negatif berhubung ibadat orang Islam.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 27 Mei memaparkan berita berkenaan pengganas bersama-sama gambar umat Islam sedang menunaikan solat sunat terawih boleh menimbulkan salah faham.
"Tindakan ini sangat melampau. Penyiaran di paparan muka depan akhbar itu seolah-olah cuba mengaitkan umat Islam di negara ini dengan aktiviti pengganas. Ini boleh menimbulkan salah faham seolah-olah umat Islam yang sedang menunaikan solat sunat terawih itu terlibat dengan aktiviti pengganas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebagai media yang bertanggungjawab terhadap sebarang laporan yang disediakan, The Star perlu mengakui kekhilafan mereka terhadap perkara ini dan ia wajar dijernihkan segera.
"Tindakan The Star ini sangat berbahaya dan akan mewujudkan gambaran yang tidak baik kepada imej Islam khususnya di negara ini. Penyiaran gambar tersebut bersama berita yang sangat negatif dan sensitif ini akan menimbulkan salah anggap serta prasangka sesama rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Tambah beliau, semua pihak sewajarnya menjaga sensitiviti agama terutama melibatkan ibadat orang Islam mahupun agama-agama lain serta sikap menghormati antara satu sama lain wajar diamalkan dengan mengetepikan dan berhati-hati terhadap isu-isu yang sangat sensitif.
"Secara prinsipnya, Islam menolak sekeras-kerasnya aktiviti serta tindakan ekstrem dan keganasan.
"Islam sifatnya sangat bencikan keganasan dan mementingkan keamanan dalam segenap tindakan serta pendekatan. Oleh yang demikian, gambaran yang cuba dibuat oleh The Starsangat menyimpang daripada sifat Islam yang sebenar," tegasnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena