Tuesday 30 May 2017

[Video UAI - Boleh ke Orang Kafir Masuk Masjid?] Cemar masjid: Mengapa NGO, Penduduk Subang bertemu Jais?

Selasa, 30 Mei 2017




Cemar masjid: NGO,Penduduk Subang bertemu Jais hari ini

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil penduduk di Parlimen Subang akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini susulan insiden ahli politik bukan Islam didakwa mencemarkan kesucian masjid di negeri itu pada minggu lalu.
Wakil penduduk, Mohd Yusri Ismail berkata pertemuan yang dijangka berlangsung dengan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim bertujuan membuat aduan rasmi serta meminta penjelasan.
“Selain itu kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid dalam isu ini.
“Dan kita mahu JAIS perjelaskan garis panduan (SOP) berkenaan orang bukan Islam atau Islam memasuki ruang solat untuk berpolitik,” tegas Yusri semalam seperti dilapor BNBBC.
Pada Rabu lalu, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam.
Sivarasa dipercayai berucap di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial sejak minggu lalu.
Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang bukan beragama Islam yang duduk di saf bersama jemaah lain.
Pada masa yang sama Yusri turut mempertikaikan tindakan pengurusan masjid memberikan peluang kepada Sivarasa berucap.
“Majlis sumbangan itu boleh sahaja dilakukan di perkarangan masjid. Lagipun, mustahil tiada orang Melayu yang boleh menjadi wakil Menteri Besar ketika itu,” dakwanya lagi.
Terdahulu tiga laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Kesatuan Melayu Nasional dan wakil penduduk di Balai Polis Sungai Buloh pada Sabtu lalu
Mereka mendakwa Naib Presiden PKR itu mengingkari arahan Sultan Selangor yang melarang kesucian masjid di negeri ini terpelihara daripada unsur-unsur politik dan menuntut permohonan maaf.
Sementara itu memetik The Malaysian Insight, Sivarasa dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kekecohan berkenaan yang didakwa kali pertama ditimbulkan.
Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa beliau sudah berpuluh kali memasuki masjid sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Subang pada PRU-12

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena