Friday 19 May 2017

[Video AMEKKAU: 129 Pengundi Bawa Duit Syiling Kepada SPR] 20,000 syiling untuk SPR akibat suka susahkan parti pembangkang.

Sabtu, 20 Mei 2017

Mengusung syiling menaiki tangga ke Pejabat SPR Perak.

Mengusung syiling menaiki tangga ke Pejabat SPR Perak.

20,000 syiling untuk SPR akibat suka susahkan parti pembangkang

ARIF ATAN

Nga menyerahkan borang bantahan dan bayaran dalam bentuk syiling kepada pegawai SPR Perak.

Nga menyerahkan borang bantahan dan bayaran dalam bentuk syiling kepada pegawai SPR Perak.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri 'dihadiahkan' sejumlah wang syiling daripada parti politik.
Namun, hari ini SPR Perak di Bangunan Persekutuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh mahu tidak mahu terpaksa menerima lebih 20,000 kepingan duit syiling 5 sen, 10 sen, 50 sen daripada Pakatan Harapan.
Mesej protes daripada Amanah, DAP, PKR dan Bersatu itu ekoran arahan SPR bulan lalu kepada seluruh pengarah pilihan raya negeri untuk memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
Mengulas pendekatan 'mengajar' pihak SPR berkenaan, Ketua Mobilisasi dan Kebajikan Amanah Perak, Mohd Saad Ismail menyifatkan Pakatan Harapan bukan sengaja memusuhi badan yang bertanggungjawab bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar.
"SPR yang mula-mula menyusahkan pembangkang terutamanya Pakatan Harapan. Sebelum ini, parti politik tidak ada masalah untuk mendapatkan salinan RDPT. Namun, kita setakat ini tidak dengar pula rungutan daripada pihak Umno dan Pas.
"Jadi, hari ini kami di Pakatan Harapan Perak setuju kalau SPR boleh menyusahkan kita, mengapa tidak kita pun buat hal yang sama.
"Kita mahu SPR rasa susah sebagaimana mereka menyusahkan rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih daripada penipuan," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Ditanya tentang reaksi pihak SPR apabila menerima ribuan kepingan duit syiling itu, Ketua Amanah Taiping itu berkata, pegawai terbabit pada awalnya menolak tetapi kemudiannya terpaksa akur.
"Mulanya mereka tidak mahu terima. Kita kata kita bayar dalam bentuk duit dan boleh dikira dan duit syiling pun wang juga, barulah mereka terima.
"Apapun, kita akan jumpa dengan pihak SPR pada sesi pendengaran yang dijangka dalam tempoh sebulan lagi." ujarnya.
Mengulas kes paling ketara pada senarai pengundi yang diperoleh, beliau memberitahu proses bantahan antaranya di Taiping dan Ipoh berlaku kerana wujudnya pengundi hantu.  
"Pengundi tidak duduk di alamat yang diberi sehingga tuan rumah pun tidak tahu ada boleh ada daripada lima sampai 11 orang penghuni dalam rumahnya.
"Nama pemilih ada tapi bukannya tinggal di alamat dalam senarai itu," jelas Mohd Saad lagi.
Tiga hari tiga malam
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, penyerahan syiling tersebut kepada SPR sebagai tanda protes ekoran keengganan badan terbabit bekerjasama dengan Pakatan Harapan negeri itu bagi mendapatkan senarai RDPT.
"Ini amalan politik kotor yang wajib ditolak oleh SPR. SPR buat pertama kali dalam sejarah enggan memberikan RDPT. Dulu kita boleh periksa.  
"Kami di Amanah, PKR, DAP dan Bersatu terpaksa berkhemah di pejabat SPR, bawa mesin fotostat duduk tepi longkang tiga hari tiga malam. Tiap-tiap hari fotostat.
"SPR juga enggan beri bekalan elektrik. Pihak kami terpaksa bawa generator untuk fotostat. Ini perkara jahat, sengaja yang tidak pernah berlaku.
"Hari ini kita serahkan duit syiling kepada SPR kerana Isnin (22 Mei) nanti hari terakhir untuk kita membuat bantahan," ujarnya kepada pemberita di bangunan SPR Perak hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Taiping itu, Pakatan Harapan tidak mahu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dicemari pengundi hantu yang tidak tinggal di kawasan mengundi tetapi turut membuang undi.
"Jika pengundi hantu itu tidak berani datang (sesi pendengaran) maka mereka dilucutkan hak untuk mengundi," tambahnya lagi. 
Nga bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan dan syiling ke Pejabat SPR Perak.Nga bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan borang bantahan dan syiling ke Pejabat SPR Perak.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena