Friday 26 May 2017

[Video Jimat duit balik kampung ke? Bergantung belakang lori! Highway tu..] Maruah negara dipersendakan satu dunia, mana rasa malu TPM?

Sabtu, 27 Mei 2017

Isu Rasuah PDRM
Isu rasuah PDRM: TPM Zahid tidak malu kalau terpaksa 'potong kaki dan tangan'
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui tidak berasa malu terhadap tindakan yang diambil ke atas pegawai atau penguat kuasa agensi dan jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan pembabitan dalam kes jenayah termasuk rasuah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, jika tiada tindakan diambil, ia akan menyebabkan jenayah sedemikian menular sekaligus merosakkan keseluruhan integriti jabatan, agensi dan kementerian.

"Saya tak pandang bulu. Saya buta warna. Saya tak malu ambil tindakan. Saya tidak malu mengambil tindakan terhadap pihak yang menjadi pegar makan padi atau nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Astro Awani

Maruah negara dipersendakan satu dunia, mana rasa malu TPM?
KENYATAAN MEDIA
PENDEDAHAN SKANDAL KORUPSI 1MDB: TPM TIDAK MALU?
26 MEI 2017
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba menunjukkan sikap terbukanya dengan mengakui tidak malu dengan penangkapan anggota polis yang terlibat dalam jenayah rasuah.
Walau bagaimanapun, tiada guna menunjuk hebat di hadapan media dan penjawat awam semata-mata kalau pelbagai pendedahan korupsi yang berprofil tinggi sebelum ini dibiarkan senyap sahaja.
Memang Datuk Seri Zahid tidak malu mengakui bilis-bilis dari kalangan penjawat awam seperti anggota polis ditangkap kerana rasuah tetapi rakyat secara umumnya lebih malu dengan pendedahan korupsi yang melibatkan golongan atasan dalam negara ini seperti skandal 1MDB yang menambah calar imej negara.
Datuk Seri tidak boleh menggunakan hujah lemah kononnya pendedahan skandal tersebut hanyalah sebuah konspirasi asing untuk menjatuhkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Percayalah, selagi kes seperti ini tidak diheret ke muka pengadilan, selagi itulah tiada siapa yang percaya kepada kualiti integriti pimpinan kerajaan sekarang.
Tetapi saya juga memahami yang Datuk Seri Zahid menikmati jawatan Timbalan Perdana Menteri sekarang pun antara hasil dari pertelingkahan pendapat dalaman pimpinan tertinggi kerajaan berhubung skandal 1MDB.
Saya juga berpendapat tidak mustahil kegagalan atau kelemahan dalam usaha menyelesaikan skandal 1MDB inilah yang menyebabkan persepsi rakyat terhadap pihak penguatkuasa tidak berubah walaupun indeks jenayah dilaporkan kononnya menurun.
Rakyat juga malu apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) bawah pimpinan Datuk Seri Zahid juga gagal mengawal kehadiran pekerja asing dalam negara ini sehingga dilaporkan mengatasi jumlah populasi bangsa India dalam negara ini pada tahun lalu dan dijangka mengatasi penduduk Melayu pada tahun 2040.
Adakah Datuk Seri Zahid tidak malu dengan pendedahan ini?
Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, saya menyarankan bulan suci ini dijadikan azam untuk rakyat bangkit melawan kezaliman, penipuan dan penyelewengan yang sekian lama menghimpit kehidupan rakyat dalam negara ini.
Biarlah rasa malu kita dengan masalah dalam negara ini ditangani segera dengan keberanian melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.
DR SITI MARIAH MAHMUD
Ahli Parlimen AMANAH Kota Raja
Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena