Friday 19 May 2017

[Video Pertandingan Menampar Sampai KO, Ada Yg Nangis] Kalau BERANI Anjurkan 'TOWNHALL' TN50 Bersama Wakil Pembangkang & Berapa Peruntukan Anjurkan SESI BERTEMU PEMIMPIN TN50?

Sabtu, 20 Mei 2017




Image result for Gambar Mat Over sulaiman Yasin
Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin yang merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO) dibawah kepimpinan PM Najib Razak.
INFO KINI
Foto Rafizi Ramli.
BERAPA PERUNTUKAN ANJURKAN SESI BERTEMU PEMIMPIN TN50; MOHON SATU SESI KHAIRY JAMALUDDIN DENGAN 300 WAKIL PEMBANGKANG
Peristiwa seorang pelakon melempang seorang pengarah dalam sesi bertemu Perdana Menteri sempena promosi TN50 yang kini giat dianjurkan oleh Kerajaan Barisan Nasional memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan beberapa soalan yang telah lama saya simpan:
Berapa peruntukan keseluruhan untuk menjalankan kempen TN50 ini termasuk penganjuran sesi “townhall”, pengiklanan dan lain-lain? Berapa yang telah dibelanjakan setakat ini dan berapa yang akan dibelanjakan selepas ini? Peruntukan kementerian mana yang telah digunakan untuk menganjurkan sesi propaganda ini?
Saya mengajukan soalan ini kerana Saudara Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan dan Ketua Pemuda Umno beberapa hari lalu dipetik oleh portal The Malaymail Online seperti berikut:
“You know I’m a Vision 2020 generation. There was no one who asked me what I wanted in 2020.
“No one ever sat down and asked you what are your aspirations for the next 30 years,” Khairy told a packed hall at Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Menurut Khairy, beliau menjelajah seluruh negara untuk mendengar sendiri aspirasi dan cita-cita rakyat untuk digubal menjadi arah tuju negara menjelang 2050; berbeza dengan pendekatan semasa Wawasan 2020 digubal dahulu yang tidak memberi peluang kepada rakyat memberi pandangan.
Saya mengalu-alukan mana-mana pimpinan atau ahli politik yang ingin mendengar sendiri pendapat rakyat. Cuma saya bimbang bila jumlah peruntukan yang besar digunakan atas alasan mendengar pendapat rakyat; sedangkan penyelesaian yang dituntut rakyat sudah pun jelas dan perlu diselesaikan segera.
Saya bagi contoh perkara-perkara yang orang muda dan rakyat Malaysia amnya cukup prihatin dan memerlukan jawapan segera dari Khairy:
1. Kebanjiran pekerja asing sehinggakan jumlah pekerja asing sudah melebihi jumlah rakyat Malaysia berbangsa India dan dijangka mengatasi jumlah rakyat Malaysia berbangsa Cina menjelang 2034. Apa pendirian Khairy mengenai perkara ini dan apa penyelesaian beliau?
2. Kadar kenaikan gaji yang rendah yang dinikmati oleh rakyat Malaysia iaitu pada purata sekitar 2% sahaja dalam dua tahun kebelakangan ini (setelah ditolak inflasi). Pekerja Malaysia juga hanya mendapat 34% dari nilai ekonomi yang mereka jana (yang dipulangkan sebagai gaji kepada pekerja), berbanding pekerja di negara-negara lain yang mendapat pulangan gaji yang jauh lebih tinggi. Apa pendirian Khairy mengenai perkara ini dan apa penyelesaian beliau?

3. Kenaikan harga yang terus meningkat akibat dasar-dasar Barisan Nasional sendiri seperti pelaksanaan GST, penghapusan subsidi dan pengapungan harga minyak mengikut pasaran tanpa subsidi. Apa pendirian Khairy mengenai perkara ini dan apa penyelesaian beliau?
Sebagai orang kepercayaan Dato’ Seri Najib, Saudara Khairy tidak boleh menjadi “poster boy” semata-mata dengan bercakap isu-isu yang berlaku dalam tahun 2050 tanpa menjawab sedikit pun dan terus mengelak masalah-masalah dasar yang membebankan rakyat sekarang.
Berlakunya peristiwa melempang di sesi bertemu Perdana Menteri TN50 baru-baru ini sepatutnya memberi isyarat kepada Khairy, sebagai juara sesi bertemu pemimpin dalam kempen TN50 ini, bahawa penganjuran sesi-sesi tertutup sebegini adalah terpisah dari realiti kehidupan sebenar rakyat.
Oleh itu saya membuat dua seruan kepada Saudara Khairy:
i. Beliau (dan bukan Dato’ Seri Najib) melaporkan kepada rakyat perbelanjaan secara terperinci setiap penganjuran sesi temu pemimpin TN50 dan semua perbelanjaan lain bersabit dengan kempen TN50 ini. Saya fokuskan kepada Khairy kerana beliau yang diberi tanggungjawab melaksanakan kempen TN50 ini bagi pihak Umno
ii. Saudara Khairy mesti berani berdepan dengan semua golongan rakyat dan bukan berdepan dengan jemputan yang telah dipilih semata-mata. Saya mencabar Saudara Khairy menganjurkan satu sesi bertemu beliau (“townhall session”) dengan 300 orang wakil pembangkang yang disiarkan secara langsung oleh RTM

Saya jamin tidak akan ada sebarang peristiwa melempang dalam sesi itu dan akan betul-betul memberi tumpuan kepada perbincangan masalah rakyat, bukan lakonan dan drama yang dicipta untuk melindungi imej seorang Perdana Menteri yang semakin ditolak rakyat.
Kalaulah Dato’ Seri Najib berani berdepan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dengan selalu hadir menjawab dan berbahas di Parlimen, tidak perlulah wang negara dibazirkan untuk menganjurkan acara penuh drama seperti TN50 ini.
Saya akan menunggu jawapan Saudara Khairy.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena