Wednesday 31 May 2017

[Video Benarkah Proton bukan kereta nasional lagi?] "...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan..." BARANG NAIK: Kegagalan Agensi Satu MALAPETAKA! KPDNKK diingat tidak hanya salahkan peniaga.

Rabu, 31 Mei 20127

Foto Parti Amanah Negara.

"...dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan." (Surah al-A'raf:3 1)

Dalam masyarakat Islam kita, perbuatan membazir ini berlaku dalam pelbagai keadaan. Pembaziran berlaku bukan sahaja dari sudut makan minum, malah yang lebih parah lagi ialah dari sudut pembaziran masa dan umur.

Biro Dakwah Pemuda Amanah Nasional
Foto Parti Amanah Negara.


HARGA BARANG: KEGAGALAN AGENSI SATU MALAPETAKA

1. Selepas perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan harga barangan bukan lagi satu perkara yang janggal. Ia semakin menjadi-jadi apabila menjelang musim perayaan termasuklah memasuki bulan Ramadan.


2. Ramadan tahun ini adalah merupakan tahun paling sengsara buat rakyat khususnya berpendapatan rendah dan sederhana. Kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.

3. Menjelang Ramadan baru-baru, rakyat di semua peringkat merintih tentang kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan asas. Antara yang naik termasuklah harga barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya.

4. Keluhan ini turut disuarakan oleh para peniaga khususnya di bazar Ramadan yang menjadi kelompok paling terkesan akibat kegagalan kerajaan mengawal harga barang. Kenaikan kos ini memaksa para peniaga menaikkan harga jualan yang pastinya memberikan kesan besar kepada para pembeli.

5. Para peniaga tidak lagi mampu untuk mengekalkan harga asal kerana terpaksa menanggung dan menampung kos yang semakin meningkat. Mereka perlu memikirkan keuntungan yang diperoleh selari dengan modal yang dikeluarkan.

6. Hakikatnya, apa yang berlaku ketika ini mendapati Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seolah-olah tiada fungsinya. Kementerian ini gagal untuk menjalankan tugasnya bagi memastikan harga barangan selari dengan harga yang ditetapkan.

7. KPDNKK lebih cenderung untuk menyalahkan pemborong tanpa menginsafi kelemahan yang ada pada mereka menyebabkan perkara ini berlaku. KPDNKK sewajarnya membuktikan mereka adalah lebih berkuasa daripada semua termasuklah para pemborong.

8. Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat. Apabila agensi tidak berperanan, maka berlakukah pengurusan cacar merba seperti yang berlaku pada hari ini!

9. Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Nasional menggesa kerajaan meningkatkan lagi fungsi agensi-agensinya dalam memastikan harga barangan di negara ini dapat dikawal. Kerajaan perlu mereformasi agensi-agensi berkaitan agar ia lebih berfungsi dengan lebih efisyen dan bertanggungjawab!

#PemudaBekerja
Membina Negara Berintegriti

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional




Harga barang: KPDNKK diingat tidak hanya salahkan peniaga

Harga barang naik menjelang Ramadan baru-baru ini - Foto Wan Zahari Wan Salleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat gagal menyelaraskan harga barang di pasaran sebaliknya cenderung menyalahkan pemborong atas kenaikan harga.
Mohd Sany HamzanMohd Sany HamzanKetua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, KPDNKK yang lebih berkuasa daripada pemborong dan peruncit seolah-olah tidak berperanan.
"KPDNKK lebih cenderung untuk menyalahkan pemborong tanpa menginsafi kelemahan yang ada pada mereka menyebabkan perkara ini berlaku. KPDNKK sewajarnya membuktikan mereka adalah lebih berkuasa daripada semua termasuklah para pemborong.
"Kegagalan fungsi penting kerajaan seperti KPDNKK ini adalah satu malapetaka besar buat negara, kerajaan yang ada tidak lagi mampu untuk mengurus hal negara khususnya melibatkan kepentingan rakyat. Apabila agensi tidak berperanan, maka berlakukah pengurusan cacar merba seperti yang berlaku pada hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata, kenaikan harga barang ini semakin ketara khususnya pada musim perayaan akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kos hidup di negara ini semakin meningkat naik dan harga barangan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan melalui agensinya.
"Menjelang Ramadan baru-baru ini, rakyat di semua peringkat merintih tentang kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan asas. Antara yang naik termasuklah harga barangan basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya," katanya.
Menurut beliau, para peniaga tidak lagi mampu untuk mengekalkan harga asal kerana terpaksa menanggung dan menampung kos yang semakin meningkat. Mereka perlu memikirkan keuntungan yang diperoleh selari dengan modal yang dikeluarkan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena