Sunday 28 May 2017

[Video Rakyat Jangan Melutut Kepada Najib Apabila Diberi DEDAK] 'Kalau tak boleh tumpu perjuangan elok tinggalkan parti'.

Isnin, 29 Mei 2017

'Kalau tak boleh tumpu perjuangan elok tinggalkan parti'

Tun Mahathir Mohamad...Bersatu hanya perlukan orang yang utamakan perjuangan
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan mana-mana ahli yang tidak yakin terhadap kepimpinan sekarang agar segera meninggalkan parti.
Beliau menegaskan, Bersatu hanya memerlukan mereka yang mengutamakan perjuangan menjatuhkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
"Kalau berasa Bersatu ini menyeleweng, tidak dipimpin dengan baik tak apalah kalau tak nak sertai. Saya cuma nak orang yang utamakan perjuangan bukan jawatan yang kita pegang dalam parti atau niat untuk jadi calon. Perjuangan kita untuk menjatuhkan Najib yang bawa malapetaka kepada negara.
"Kalau tak boleh tumpu kepada tujuan itu adalah lebih baik kita tak usik urusan pentadbiran Bersatu," katanya dalam video yang dikongsikan di Facebook Bersatu.
Beliau berkata demikian mengulas kemelut parti itu di Perak disusuli dengan tindakan exco Srikandi Bersatu, Zulaiha Sidek yang meletak jawatan kerana telah hilang kepercayaan kepada parti dan mendakwa Bersatu Perak kini sedang bergolak.
Jumaat lalu, lebih 1,000 ahli Bersatu Perak diketuai penaja bahagian Bersatu Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian Bersatu Teluk Intan, Jemaat Yaacob pula mengisytihar keluar parti.
Pada 20 Mei lalu, Azrul menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan berikutan hilang kepercayaan selain kegagalan mengatasi kepincangan yang berlaku di peringkat pimpinan Bersatu Perak.
Bagaimanapun, keesokannya Pengerusi Bersatu Perak, Ahmad Faizal Azumu mendakwa perkara itu sengaja direka-reka dan mendesak Azrul Suhadi membuat permohonan maaf secara terbuka selain meletak jawatan kerana bertindak di luar jangkauan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena