Media Maya Politik Baharu PRU13 - Kibaran Bendera & Poster Parti kurang diminati Pengundi Generasi-y!
Seorang warga tua menangis teresak-esak meluahkan kesusahan hidupnya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana terpaksa hidup dalam keadaan rumah usang yang hampir menyembah bumi.
Perak Nems.com
Exco Pemuda Umno Larut, 39 ahli sertai PAS
Muhamamd Faeez Azahar,
15 Mac 2013
Raja Iskandar memakaikan baju simbolik Zulkifli sertai PAS.
LARUT: Umno Bahagian Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat mengisytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.
Zulkifli mengumumkan menyertai PAS di program ceramah anjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh semalam.
Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.
Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan relevan.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.
“Saya akan bersama-sama berjuang dan matlamat saya membantu PAS memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh hadirin.
Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya di peringkat pemudanya.
Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.
“Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.
“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.
Harakahdaily.
UMNO Perak sabotaj MB sendiri?
PAS Perak mendakwa mereka mendapat maklumat dalaman bahawa Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir akan digugurkan dalam pilihan raya umum ke 13 ini.
Koordinator Jawatankuasa Isu dan Strategik PAS negeri, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pengguguran Zambry bukan lagi rahsia dan cerita dongeng, malah ianya ‘hangat’ diperkatakan oleh banyak pihak.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat itu juga mendakwa, majlis perasmian serentak Umno cawangan seluruh Perak pada 8 Mei 2010 oleh Datuk Seri DAhmad Zahid Hamidi apabila beliau meninggalkan majlis selepas merasmikan tanpa menunggu ucapan Dr Zambry.
Beliau juga mendakwa, terdapat gerakan atas nama ‘Gerakan Anti Zambry’ (GAZ) yang yang diwujudkan oleh pihak tertentu pada Jun 2010 yang ingin menyingkirkan Zambry.
Katanya, ada seorang menteri yang menjadi ketua Umno bahagian yang tidak pernah hadir mesyuarat Umno Perak.
Rungutan
“Ini tidak termasuk beberapa rungutan berikutan kepimpinan Umno bahagian tidak diberikan tempat-tempat penting sebaliknya diberikan kepada ‘orang-orang kanan’ Dr Zambry yang masih muda.
“Dengan menjelangnya pula pilihanraya umum (PRU) ke 13, Zambry masih gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi antara komponen BN.
“Tanda-tanda ini juga kelihatan berikutan kekerapan ‘turun padang’ oleh Perdana Menteri, Najib Altantuya dan timbalannya, Muhyiddin Yassin ke Perak,” tambahnya.
Raja Ahmad Iskandar berkata, beberapa pendedahan salahguna kuasa Zambry juga baru-baru ini juga mendorong ‘kehangatan’ pengganti beliau ‘disebut-sebut’ kembali.
“Siapakah yang bakal menggantikan Zambry? Adakah di kalangan menteri atau ‘orang baru’ yang bakal menggantikannya?
“Walaupun media pro Umno sekarang sedang ‘hangat’ memperomosikan Zambry, sudah ada beberapa ketua Umno bahagian bertemu dengan kepimpinan pusat untuk memastikan Zambry ‘bakal’ disingkirkan,” kata Raja Ahmad Iskandar lagi.
- JALAN PULANG
Analisis DUN Perak sehingga Februari 2013
Perak: DUN PAS dan PKR yang mampu menang
Kesemua DUN pengundi wanita melebehi 52%. Baki lelaki 48% pula pecahannya: 60% berumur bawah umur 49 tahun manakala yang berumur atas 50 tahun cuma 40%. Masalah utama dalam PAS dan PKR kebanyakan calon berumur lebih 50 tahun. Bak kata kawan aku "Kalau calon macam TG Nik Aziz ok la. Yang muda suka yang tua pun suka. Masalahnya sekarang ada calon orang muda tak berkenan orang tua pun meluat".
Dicatat oleh TheSniper di Isnin, Februari 25, 2013
Sudah heboh diperkatakan dikawasan Tanjung Belanja hingga ke Kampung Choping.Kejadian mencantas bendera Pas disana begitu berleluasa sekali.Banyak bendera telah dicantas mengunakan pisau dan golok.Perkara ini telah menimbulkan keadaan tidak senang hati dikalangan penyokong |Pakatan Rakyat.Apa yang boleh mereka lakukan ialah bersabar dan berdoa agar perlaku akan insaf dan tidak melakukan perbuatan tersebut lagi.Disamping itu usaha untuk menaikkan bendera turut giat dijalankan tanpa memikir risiko untuk iannya dicantas kembali.
Namun balasan Tuhan telah berjaya menghentikan perbuatan khianat itu,ditengah tengah kekalutan itu,tiba tiba sebuah bendera besar Barisan |Nasional telah hangus disambar petir.Kesan petir tersebut juga telah memusnahkan pokok dimana bendera besar tersebut telah digantungkan.Ianya sungguh memberi kesan kepada penduduk kampung dalam menentukan pilihan mereka semasa PRU 13 nanti.Sesungguhnya peristiwa ini telah menginsafkan perlaku cantas bendera berkenaan.Sehingga hari ini,tiada lagi bendera PAS yang dicantas.
Msinc-Tak sanggup lakukan perkara perkara ini,kerana ianya dianggap pengecut dan tidak bermoral.
TBO
Thursday, March 14, 2013
Mencantas bendera Pas...Disambar Petir Balasannya
Namun balasan Tuhan telah berjaya menghentikan perbuatan khianat itu,ditengah tengah kekalutan itu,tiba tiba sebuah bendera besar Barisan |Nasional telah hangus disambar petir.Kesan petir tersebut juga telah memusnahkan pokok dimana bendera besar tersebut telah digantungkan.Ianya sungguh memberi kesan kepada penduduk kampung dalam menentukan pilihan mereka semasa PRU 13 nanti.Sesungguhnya peristiwa ini telah menginsafkan perlaku cantas bendera berkenaan.Sehingga hari ini,tiada lagi bendera PAS yang dicantas.
Msinc-Tak sanggup lakukan perkara perkara ini,kerana ianya dianggap pengecut dan tidak bermoral.
TBO
N23 DUN Manjoi
0 comments:
Post a Comment