Monday, 4 March 2013

Tuntutan Kesultanan Sulu Ke atas SABAH: Perlukah DIPLOMATIK & DIPLOMASI?

Isnin, 4 Mac, 2013
Ceroboh Sabah: Dewan Ulamak gesa solat hajat
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua pimpinan PAS peringkat negeri dan kawasan menganjurkan solat sunat hajat seberapa segera  bagi menyelamatkan negara dicerobohi pihak asing terutama di Sabah.
Saranan itu dibuat berikutan serangan ke atas negara dalam serangan hendap sehingga mengorbankan anggota pasukan keselamatan.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata selain usaha menjaga keselamatan negara dengan penempatkan petugas tentera, polis dan pasukan keselamatan lain, solat hajat juga perlu dilakukan.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan beliau bersetuju supaya solat berkenaan diadakan.
“Selain diperingkat negeri, program yang sama juga perlu diatur di peringkat kawasan,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, seterusnya memberitahu solat hajat itu juga akan diadakan di peringkat negeri Kelantan seberapa segera yang mungkin.
Harakahdaily.
Rakyat Sabah ditimpa musibah, BN anjur
program berjoget sakan
KETIKA rakyat Sabah ditimpa musibah, dalam ketakutan menghadapi krisis pencerobohan tentera Sultan Sulu yang telah meragut lebih 6 nyawa anggota keselamatan, BN Pulau Pinang rupanya sedang bersuka ria dan berjoget sakan.
Program Hari Wanita Sedunia anjuran Barisan Nasional di Hotel Equatorial, Pulau Pinang menyaksikan wanita pelbagai bangsa menari sakan atau lebih tepat terkinja-kinja dengan alunan muzik rancak yang didendangkan.
Ramai pengguna facebook di halaman rasmi Barisan Nasional Pulau Pinang mengecam program berbentuk hiburan yang dianjurkan oleh BN ini yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi genting yang dihadapi penduduk Sabah. Berikut sebahagian rakaman bagaimana wanita-wanita ini terkinja-kinja menari sambil terjerit-jerit mengikut alunan muzik rancak.

Ramai pengguna facebook di halaman rasmi Barisan Nasional Pulau Pinang mengecam program berbentuk hiburan yang dianjurkan oleh BN ini yang disifatkan tidak sensitif dengan situasi genting yang dihadapi penduduk Sabah.
Berikut sebahagian rakaman bagaimana wanita-wanita ini terkinja-kinja menari sambil terjerit-jerit mengikut alunan muzik rancak.
Source:Parangonline
Keselamatan Rakyat Miskin Terabai
Warga Kg Tanduo hidup tidak menentu
Ben Hamid, 48, hanya mampu merenung ke arah laut yang tenang. Beliau yang kini tinggal di satu khemah sementara kini tertanya-tanya apa yang berlaku di rumahnya di Kampung Tanduo, Sabah. 
Pada malam 11 Februari, Ben, seperti nelayan lain di kampungnya melepaskan lelah dan tidur selepas bekerja keras seharian. 
Beliau bagaimanapun mendapati ada seorang tetamu yang tidak diundang diluar rumahnya ketika dia bangun pada keesokan harinya.
"Ada yang berpakaian seragam tentera. Ada yang tidak. Saya melihat mereka membawa M16 dan ada yang memegang parang. Mereka mungkin datang dari laut," katanya. 
paksalleh

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena