Wednesday, 28 May 2014

Dewan Negara Perak bakal lantik Sultan baharu...

Rabu, 28 Mei 2014

Perlantikan Sultan Perak Yang Baru - Apakah Nasib Raja Nazrin Shah?

Dewan Negara Perak bakal lantik Sultan baru
Satu persidangan khas Dewan Negara Perak bakal diadakan bagi melantik penganti Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Menurut Pengarang Adat Pusaka, Raja Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Adib Vincent Tung Abdullah, pertemuan itu akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), menteri besar dan mufti.


Ia turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan Negara.

Adib berkata Bendahara (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) akan mempengerusikan sidang itu.

Beliau berkata mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah di antara Raja Muda dan Raja di Hilir.

Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana empat Raja-Raja Bergelar.

Keempat Raja-Raja bergelar adalah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah and Raja Kechil Bongsu dan dua kedudukan terkini adalah kosong.

Ketika ini, Raja Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Musa.

Kedua calon ini akan meninggalkan bilik mesyuarat supaya ahli lain boleh membuat keputusan.

Adib berkata Bendahara akan mengumumkan pelantikan Sultan baru selepas beliau menerima pelantikan.

Tugas seterusnya bagi Dewan Negara adalah menguruskan upacara pengebumian. – tmi

BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena