Saturday, 24 May 2014

Dyana Sofya: Kesombongan BN - Guru bersalam dengan Dyana bakal dikenakan tindakan...Pelajar Tinju Guru?

Sabtu, 24 Mei 2014

Dyana @ Pasar Malam Menara Condong

Presiden NGO pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya ...

Pelajar Tinju Guru!



Guru kena pukul kat muka ngan pelajar tingkatan 2 gara-gara menegurnya yang tak ke surau(laporan lain mengatakan pelajar bising dalam surau...)


Gambar2 Guru Ditumbuk Pelajar Tingkatan 2 Tersebar Di Alam Maya.

Kepala hotak Nurul Asyikin on Friday, May 23, 2014
Dari apa yang dihebahkan menerusi laman sosial dan wassap ;

1. Seorang guru lelaki telah menegur tingkah laku seorang pelajar berusia 14 tahun, tingkatan 2 agar tidak berbuat bising di dalam surau sekolah. Namun ada juga versi cerita yang tersebar bahawa guru tersebut telah ditumbuk kerana memarahi pelajar tersebut yang tidak masuk ke surau. Yang mana satu betul tah. 

2. Namun teguran itu tidak dapat diterima dengan baik oleh pelajar tersebut.

3. Entah macam mana dia bertindak memukul gurunya sehingga berdarah.

4. Gurunya ketika ditumbuk kat muka tidak menyedari yang pelajar tersebut ada niat nak menyerangnya.

5. Itu yang tak pasal2 berdarah.

6. Kalau tak dapat juga dielakkan.

7. Nama sekolah tak pula dihebahkan sekali. 

Lihat gambar2 jap ;



Sejujurnya.

Aku taknak bela sapa2 sehingga mendapatkan penjelasan dari pihak2 yang terlibat. Gambar pelajar yang tersebar neh sebenarnya tak cover muka dia pun. Tapi kan dia neh bawah 18 tahun. Juvana. So tak boleh la aku suka2 dedahkan wajah dia. Sebab tak terbukti dia salah pun. Hanya dengar cerita dari sebelah pihak je. Itupun tatau betul ke tak betul.

Cuma bila aku perhatikan baju sekolah budak tue. Aku dapati baju dia dan tangan dia ada kesan darah. Banyak juga kesan darah tue. Dia tumbuk cikgu dia macam mana agaknya ek sampai boleh berdarah2 cikgu dia?

Huhu..

Kalau betul la pelajar tersebut seorang pelajar yang samseng memang la tak patut.

Apa2 pun kita tunggu dan dengar la penjelasan dari kesemua pihak yang terlibat. Jika mana2 pihak didapati melanggar apa2 peraturan sekolah sekalipun, moga jalankan siasatan dengan telus dan hukumla seadilnya.
Kbai.
Photo: Kepincangan KPM ▪ Anda kenal murid ini? Beliau adalah murid Tingkatan 2 hasil daripada kepincangan sistem pendidikan KPM, PBS.

Murid ini berdendam dan telah menumbuk seorang cikgu gara-gara ditegur ketika membuat bising di surau.

KPM masih mahu mempertahankan KEMENJADIAN MURID???

BUANG MASA!!!
MANSUH TETAP #MANSUHPBS!!!

Kepincangan KPM  Anda kenal murid ini? Beliau adalah murid Tingkatan 2 hasil daripada kepincangan sistem pendidikan KPM, PBS.

Murid ini berdendam dan telah menumbuk seorang cikgu gara-gara ditegur ketika membuat bising di surau.

KPM masih mahu mempertahankan KEMENJADIAN MURID???

BUANG MASA!!!

MANSUH TETAP #MANSUHPBS!!!

Guru-Guru Yang Bersalam Dengan Dyana Sofya Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib



Sementara penduduk dan pengundi di Teluk Intan berbangga dan meraikan kehadiran Dyana Sofya sebagai calon dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang bakal berlangsung pada 31 Mei ini, keadaan yang sama tidak berlaku kepada sebahagian kakitangan kerajaan yang bertugas di bandar ini.

Kehadiran beliau sebagai calon muda yang menarik dan telah menjadi fenomena, rupa-rupanya ada petaka di sebaliknya.

Ini berikutan kehadirannya yang sekaligus mendatangkan resah dan gelisah kepada UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kecil ini telah membuatkan ada ketua jabatan yang hilang pertimbangan dan tidak rasional dalam menjalankan tugas mereka.

Berikutan hari penamaan calon pilihanraya kecil Teluk Intan pada 19 Mei lalu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Seri Perak dan ramai guru-guru yang sedang bertugas ketika itu, maka ramailah di kalangan mereka yang tidak mahu melepaskan peluang mahu melihat calon DAP itu dari dekat serta bersalam dengannya.

Terlanjur nama Dyana sudah menjadi fenomena dan wajah serta penampilannya pula menarik, sama seperti penduduk Teluk Intan yang lain, bahkan di kalangan ahli Puteri UMNO sekali pun, sebenarnya bukanlah luar biasa jika ada keinginan untuk menatap wajahnya dari dekat, bergambar atau bersalam dengannya.

Namun demikian, tanpa disedari guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana itu rupa-rupanya sentiasa diperhatikan dan dicatat namanya. Dengan hasrat untuk memgampu, membodek serta ingin menyumbang kepada kemenangan calon BN, Mah Siew Keong kononnya 100 peratus atau pun majoriti guru-guru di Teluk Intan mengundi BN, guru-guru terbabit kini dalam proses di panggil mengadap ketua jabatan untuk dikenakan tindakan.

Kesalahannya hanya kerana didapati bersalam dengan Dyana dan dicop ssbagai pro pembangkang.

Mungkin mereka akan dipanggil untuk mengetahui sama ada undi mereka diberikan kepada BN atau DAP atau barangkali juga akan disusuli dengan tindakan pertukaran sekolah jika didapati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap pembangkang.

Sekurang-kurangnya hampir 10 guru-guru yang didapati bersalam dengan Dyana ketika hari penamaan calon 19 Mei lalu akan dipanggil mengadap ketua jabatan dalam masa terdekat ini. Guru-guru yang dipercayai ada kecondongan terhadap PR sama ada melalui perbualan seharian dan sebagainya juga turut akan dipanggil sama.

Sehingga ini ramai guru-guru meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini dan mempersoalkan sejak bila bersalam dengan calon parti pembangkang merupakan suatu kesalahan? Mereka juga mempersoalkan, jika tidak mahu guru-guru berdepan kemungkinan bertemu dan bersalam dengan calon DAP, Dyana Sofya itu, seharusnya buatlah penamaan calon di tempat lain dan bukannya di dewan sekolah.

Tindakan ugutan yang dilakukan terhadap guru-guru ini tidak lebih menyerlahkan jiwa resah dan gelisah UMNO dan BN menghadapi pilihanraya kecil Teluk Intan ini. Arus penolakan rakyat yang semakin kuat terhadap BN, ditambah dengan kehadiran calon muda yang ditonjolkan oleh DAP, membuatkan ada ketua jabatan yang menjadi pembodek BN atau memang ianya merupakan arahan daripada pihak atasan telah menjadi hilang pertimbangan serta tidak rasional.

Ugutan terhadap guru-guru yang hanya didapati bersalam dengan Dyana ini menambahkan lagi sejumlah salah laku dan kesombomgan BN serta para pemimpinnya dalam pilihanraya kecil ini. Di ketika undi adalah rahsia dan menjadi kebebasan mutlak setiap rakyat berdasarkan pertimbangan dan penilaian mereka sendiri, taktik jahat dan kotor nampaknya terus berleluasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek melontarkan ugutan kepada pengundi muda Teluk Intan dengan mengatakan akses internet yang lebih pantas akan didatangkan ke bandar Teluk Intan ini sekiranya pengundi muda memberikan sokongan dan memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong.

Kemudian disusuli pula dengan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan pembangunan hanya akan diberikan kepada penduduk Teluk Intan sekiranya BN memenangi pilihanraya kecil ini.

Jika ugutan mahu memberi akses internet dan mendatangkan pembangunan mungkin sudah agak biasa didengar sebelum ini tetapi ugutan hanya kerana bersalam dengan calon bukan daripada parti kerajaan, mungkin agak pelik dan hanya berlaku di negara ini saja.

Agaknya inilah lambang kejayaan kempen "Malaysia Boleh" dan seruan agar "berfikir di luar kotak" yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO dan BN sebelum ini? (SH)

BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena