Sunday, 15 June 2014

[Video] DNA Babi! : Pegawai Jakim TAK MAKAN Cadbury...Sekawan Macai 'pelahap' coklat Hazelnut & Almond?...

Ahad, 15 Jun 2014

Foto Sekawan Macai Lakukan Demo Makan Cadbury Bagi Pihak Jakim

ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam
Sepatutnya macai-macai ni buat demo cara-cara pakai tudung sekali untuk macai betina yang tak pakai tudung tu.. hehe...

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Menurut Md Faisal lagi, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi pada awal Februari, namun membiarkan perkara ini sehingga 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal, dalam penemuan kontroversi seperti ini adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang tindakan ujian lanjut dan berdiam diri sahaja .”

Katanya, tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury.

Mereka ditemui pada Forum Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif yang dihadiri penggiat media sosial yang lain.

Sumber - awani
BLM



Pegawai JAKIM Enggan: Memberi Maknakah Kalau Hanya Individu-Individu Ini Yang Makan?


Kalau dah jenis melantak apa saja, apa nak herankan?
Pegawai JAKIM sendiri pun tak nak jamah di depan khalayak......was-was dengan keputusan ujian sendiri ke?
Betul...mereka tak perlu dipaksa!

Pokoknya terpulang pada individu
Kalau dah liur boleh makan...makanlah
Pada aku, kalau tak makan pun takkan kebulur!

blogger UMNO,halal/haram 
 Hanya Blogger Jamah Cadbury, Pegawai Jakim Enggan
P/s: Mengapa blogger mesra UMNO beria-ria mahu makan Cadbury secara terbuka di depan media? Adakah kerana pemegang saham Cadbury termasuk Felda dan Boustead?

Kalau mahu makan Cadbury, makanlah Cadbury yang dijual sebelum Februari 2014.

Ada berani?

Laporan lain di sini.

via DCM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena