Sunday, 15 June 2014

Hilangnya MH370 sudah dirancang - Juru Terbang New Zealand & Rakyat Masih Musykil Apa Sebenar Isi Kargo MH370?

Ahad, 15 Jun 2014

Hilangnya pesawat MH370 bukan kerana kemalangan : Juru Terbang New Zealand

15/6/14

Hilangnya pesawat MH370 bukan karena kecelakaan
Malaysia Airlines. ©Reuters 
Seorang juruterbang pesawat komersil dari New Zealand, Ewan Wilson dan rakannya Geoff Taylor, wartawan surat khabar Waikato Times, mengatakan hilangnya pesawat Malaysia Airlines pada 8 March lalu bukan kerana kemalangan tapi sudah dirancangkan dan diperhitungkan dengan teliti.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Sabtu (14/6), dua orang itu menyatakan pendapatnya dalam buku mereka tulis yang akan diterbitkan.

Kedua orang itu mengatakan mereka menggunakan proses eliminasi untuk mengungkapkan pesawat MH370 berpenumpang 239 orang itu bukan mengalami kecelakaan.

Wilson menuturkan kesimpulan dalam buku itu akan mengejutkan ramai orang.

"Hilangnya pesawat Malaysia Airlines MH370 menarik perhatian dunia dan kesimpulannya boleh mengejutkan ramai orang," ujar Wilson.

"Buat pertama kalinya kami menampilkan rincian penerbangan, rute, dan sosok bertanggung jawab atas jatuhnya pesawat itu di Samudera Hindi ."

Buku itu dimulai dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 March dengan tujuan ke Beijing.

Kedua penulis buku itu mewawancarai pihak keselamatan di Malaysia, keluarga juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah.

Taylor mengatakan pihak berwenang tidak bersedia mengakui kebenaran dalam hilangnya pesawat itu.

"Apa yang terjadi dengan MH370 bukanlah kecelakaan. Semua ini terjadi disengaja, sudah diperhitungkan dan seharusnya tidak boleh terjadi," jelas Taylor.
Merdeka.com
Posted by indah.com 

Husam: Rakyat Masih Musykil Apa Sebenar Isi Kargo MH370?

Rakyat masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dibawa oleh kargo MH370, penerbangan yang telah hilang sejak 100 hari yang lalu, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa di dalam satu ceramahnya di Sungai Rambai Melaka malam tadi.

"Kenyataan awal menyatakan penerbangan itu membawa bertan-tan buah manggis ternyata tidak masuk akal kerana bukan musim manggis, kemudian dinyatakan bateri lithium sedangkan China adalah pengeluar utama bateri sedemikian, bagaimana mungkin ianya mengimport bateri lithium dari Malaysia?", soal Husam.

Beliau tdak menolak teori bahawa kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Dan yang paling aneh, tragedi itu mendedahkan banyak kelemahan dari aspek keselamatan negara. Kapal selam Scorpene yang dibeli ratusan juta ringgit tidak dapat digunakan di dalam operasi SAR (Search & Rescue) kerana ia dikatakan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja SAR.

Secara berseloroh beliau menyatakan radar dan setelit yang Malaysia ada pun sudah sama tarafnya dengan teropong buloh Raja Bomoh.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini setelah 100 hari kehilangannya, masih belum membuahkan hasil. 
Posted By Greenboc

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena