Saturday 14 June 2014

[Video] 'PANGGILAN HANGIT' Hot FM... HARAMMM! - Dr Asri

Ahad, 15 Jun 2014


RANCANGAN 'PANGGILAN HANGIT' HOT FM HARAM DI SISI AGAMA - DR ASRI

Panggilan palsu atau 'prank call' yang dibuat di siaran-siaran radio adalah di larang dalam Islam, atau haram, dakwa bekas mufti Dr. AMohd Asri Zainal Abidin hari ini.

Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan palsu tersebut.

"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya.

"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad).

"Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi.

Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. Rancangan tersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG.


Hot FM Mohon Maaf Isu 'Hamil' Panggilan Hangit

PETALING JAYA: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM pada Khamis memohon maaf berhubung insiden segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak T Team, Nor Farhan Muhammad dengan isterinya.

Hot FM dalam satu kenyataan menjelaskan pihak Nor Farhan juga memohon maaf atas kejadian tersebut yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.

"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

Dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita mengadu kepada isteri Nor Farhan kononnya dia telah dihamilkan oleh lelaki tersebut dan enggan bertangungjawab.

Rakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.



Bagaimanapun pihak stesen itu memberitahu sedang meneliti hal berkenaan dengan lebih mendalam selepas ia menjadi isu dikalangan pendengar.

"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," kata kenyataan itu lagi.

Segmen berkenaan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan Fizie.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena