Monday 11 August 2014

Selangorku: Gabungan Baharu! PKR, DAP dan 'Serpihan Parti Islam' yang diketuai Abg Mat...Suatu Realiti?

Selasa, 12 Ogos 2014

Maka Mendung Pun Berlalu, Kekal Noktah.

Tulisan Santai
12 Ogos 2014

Maka Mendung Pun Berlalu, Kekal Noktah.

Krisis Selangor bukanlah calang-calang, apatah lagi apabila melibatkan kerusi panas Menteri Besarnya. Sejak dulu kala ia sentiasa menjadi rebutan samada antara dua belah seteru dan atau menjadi rebutan inter-organisasi. Tiada yang perlu dihairankan.

Bezanya dengan krisis terdahulu, krisis Selangor kali ini memahat sejarah apabila seorang Menteri Besar terus menjadi Menteri Besar tanpa majoriti yang jelas. Ini semangat Bugis memanglah bagus, tapi bagus itu lebih cemerlang jika bertempat.

Di sebalik kesamaran sokongan majoriti Khalid, satu lagi pihak mempunyai peluang menunjukkan majoriti sebenar biarpun hanya capai majoriti mudah, ia sudah memadai. Majoriti mudah samada 35 Adun atau 32 Adun, mencerminkan Khalid sebagai Menteri Besar minoriti.

Maka mendung pun berlalu, kekal noktah.

Cuma apa yang ingin saya sentuh di sini ialah, bagaimana kiranya pihak lagi satu itu tidak mampu mengumpul majoriti?

Walaupun senario ini tipis untuk jadi kenyataan, namun ia tidak mustahil malah ia pernah dicatitkan dalam mesyuarat 'group whatsapp' AJK se-parti. Dicatitkan pula sebagai 'senario satu' oleh pengarah strateginya.

Marilah kita berterus terang di sini akan senario yang dimaksudkan - jika PR berpecah. Persoalan 'kau perlukan jentera aku dan kau perlukan sokongan aku' tidak lagi terpacul. Tiada lagi bongkak membongkak, tiada lagi mendabik dada.


Persoalan yang berligat di kepala ialah jika PR berpecah, dengan tanpa sokongan sesama sendiri, parti mana yang paling hanyut dalam PRU akan datang?

Walaupun diampu oleh sebuah parti islam, Umno tidaklah sekuat mana pada PRU14 dengan kehadiran pengundi muda yang majoritinya memilih perubahan. Anak muda lebih mudah mencapai kesedaran dengan kekuatan media sosial, kerana itu ada kajian untuk menutup facebook.

Pengenalan GST juga akan menyebabkan harga barang tidak terkawal dan kuasa membeli rakyat mengecil serta hutang seisi rumah yang tidak tertanggung. Rakyat tidak peduli soal demokrasi seperti penafian demokrasi PRU13, tetapi rakyat sangat peduli soal duit poket kontang yang bersifat negetif berpanjangan. Pengenalan GST akhirnya akan memakan diri, kesannya paling dirasai pada tahun pilihanraya, 2017-2018.

Maka sokongan terhadap Umno akan merundum, dibantu oleh kesan pemenjaraan Anwar. Orang melayu penuh sifat simpati kerana itu kerjaya pengemis di Kuala Lumpur cukup lumayan, hingga jadi sindiket yang tak terkawal.

Gabungan PKR, DAP dan serpihan parti islam yang diketuai Abg Mat cukup istimewa. Gabungan kali ini akan disulam dengan kepercayaan dan lebih mudah didekati. Tiada lagi UG kerana ia sudah pun berlaku di penghujung krisis Selangor. 


Gabungan Baru ini akan mampu menang di kerusi campuran khususnya di bandar dan pinggir bandar. Kawan-kawan cina akan lebih selesa memberi undi tanpa sangsi atau sabotaj, begitu juga sebaliknya.

Menyamakan kemungkinan nasib pembangkang di arena PRU14 sama dengan PRU tahun 2004 adalah umpama membodohkan diri sendiri. Banyak faktor yang mampu membezakan kemungkinan itu. Mungkin ada sifolan yang terfikir pada tahun 2004, PKR hanya tinggal 1 kerusi sahaja, nak buat kubur pun tak mampu sebab batu nesan perlu ada dua. Ingat lawak?

Terus, Umno pula akan menang kerusi felda dan kawasan majoriti melayu cerok kampung dan pendalaman. MCA, MIC dan Gerakan kekal status quo. 

Parti Islam pula bagaimana? Berebut kerusi dengan Umno? Kemungkinan jika berlaku 3 penjuru di beberapa tempat, undi Pas dan Umno akan berpecah manakala undi untuk Gagasan baru ini pula yang akan solid.

Akhirnya Gagasan Baru ini akan menang dalam PRU-14. Namun disebabkan 'sistem' penipuan pilihanraya dinaik-taraf dengan jayanya, dibantu pula persempadangan semula (walaupun tanpa pertambahan kerusi parlimen), Barisan Nasional Islamiah akan terus memerintah negara ini dan tamatlah sebuah era perlawanan.

Rakyat akhirnya akan terus ditindas, dipijak, dihimpit ke dinding, sehingga mereka bangkit sehabisnya, atau kekal koma...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2014/08/maka-mendung-pun-berlalu-kekal-noktah.html#ixzz3A9qhcQKS


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena