Saturday, 2 August 2014

Siapa Sebenarnya Yang Undang Bala Kepada Malaysia?...Kalau bukan UMNO APCO! Siapa lagi?

Ahad, 3 Ogos 2014
Najib Razak mendapat pujian di Senat Amerika. Itulah juga yang menyebabkan bala bertimpa-timpa ke atas Malaysia.


PENDEDAHAN: Dokumen Perjanjian APCO-UMNO NOTA EDITOR: Ada 3 perjanjian yang Tulang Besi terima. Setakat ini Tulang Besi hanya akan mendedahkan satu perjanjian sahaja antara Kerajaan Malaysia (baca UMNO) dengan APCO, sebuah syarikat pelobi pro Zionis. Perjanjian ini ada 9 muka surat. Diharap dapat membaca setiap muka surat dengan teliti. Nanti Tulang Besi akan dedahkan hubungan APCO dengan Ehud Barak pula yang telah membuahkan idea "1Israel". Klik perjanjian ini untuk melihat dengan lebih jelas.
Syukur alhamdulillah "kerajaang perpaduang" tidak jadi. Kalau tidak PAS nanti terpaksa berpadu dengan Yahudi-Zionis pula. Entah-entah idea Kerajaang Perpaduang ni datang dari APCO. Bukan ke Israel salah satu contoh "Kerajaang Perpaduang" yang diberikan oleh Presiden tempohari?

"HARAKAH:Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana? Image

PRESIDEN: Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV."

Tulang Besi

Malaysiawaves

Semalam, berbelas ribu orang berhimpun di Dataran Merdeka melahirkan kebencian terhadap Israel dan Amerika Syarikat, selain mengutuk tindakan Mesir yang pro-Israel menutup pintu sempadan di Rafah bagi menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan Palestin.

Semalam juga, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustafa Mohamad buat kenyataan yang mengesahkan dakwaan selama ini bahawa Malaysia memang mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

Walaupun Mustafa hanya mengatakan 'syarikat-syarikat multinasional' yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, sebenarnya dalam bahasa yang lebih mudah, Malaysia memang ada hubungan dagang dengan Israel la!

Cuma hubungan dagang itu secara tidak langsung sebaliknya menerusi syarikat-syarikat multinasional. Dalam konteks apa pun, sebenarnya yang berdagang adalah syarikat-syarikat multinasional, bukannya antara kerajaan dengan kerajaan sebab kerajaan hanya mengutip cukai dan menikmati hasil cukai daripada aktiviti perdagangan.

Jadi, kenapa Kerajaan Malaysia cukup melenting kalau dikatakan mempunyai hubungan dagang dengan Israel? Mengapa susah sangat nak mengaku?

Walaupun secara luaran Malaysia dilihat sebagai penyokong kuat Palestin, malah ada pula lakonan dan drama kononnya Israel menjadikan Malaysia sebagai sasaran kerana membantu Hamas, hakikat yang tak boleh dinafikan sama sekali ialah, Malaysia memang ada hubungan dagang dengan Israel dan itulah yang menyebabkan Barrack Obama datang ke Malaysia dan Najib Razak mendapat pujian di Senat Amerika. Itulah juga yang menyebabkan bala bertimpa-timpa ke atas Malaysia.

Sebenarnya itulah gambaran sebenar UMNO yang cukup hebat dengan laungan HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! tetapi sebenarnya membaham dan memusnahkan Melayu sepertimana mereka membaham segala tanah dan aset-aset kerajaan dengan menjadikan ianya harta pusaka keturunan mereka.
Posted by Era pasca

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena