Monday, 13 October 2014

Arak - October Fest 2014 di Joker Walk Melaka diteruskan...

Selasa, 14 Oktober 2014

OKTOBERFEST 2014 .. SETELAH KENA BIDAS SAMPAI LUNYAI, AKHIRNYA KM MELAKA MEMBUAT KENYATAAN U TURN.




Setelah teruk di bidas keras sampai lunyai kerana kenyataan bahawa pengisian program Octoberfest 2014 di Melaka di lihat bertujuan menggalakan pelancung dari luar negara untuk datang ke Melaka, maka hari ini Ketua Menteri Melaka, Idris Haron telah mengeluarkan kenyataan U Turn kona barang cicah pipi flip flop.

Dia ingat rakyat berfikiran waras mau terima dan percaya????

Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest' dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini, pada 18 Oktober ini.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong Pas perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'.

Hentikan kerja nak menipu dan menghina kebijaksanaan rakyat dengan kenyataan semborono ni ... cukuplah tu .. jangan nak berlagak suci murni dan mulia pula.

Sekejap kata tak tau sekejap kata akan pantau, sekejap kata demi industri pelancongan, akhirnya tidak diluluskan.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena