Tuesday, 4 November 2014

Kes buli 'SINGLET HITAM' rupanya di MRSM Balik Pulau...diseterika serta dipijak! Mangsa patah tulang rusuk !

Rabu, 5 November 2014

Kes buli pelajar itu berlaku di MRSM Pulau Pinang rupanya...


Kes buli pelajar yang menjadi viral di media sosial rupa-rupanya melibatkan pelajar Asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kejadian berlaku pada 22 Oktober lalu melibatkan sekumpulan lapan pelajar Tingkatan 4 membuli pelajar junior.

Puncanya kerana kehilangan telefon bimbit dan sekumpulan pelajar junior itu dikatakan terlibat mencurinya.

Berdasarkan laporan salah seorang ibu kepada mangsa buli, anaknya pulang dari MRSM Balik Pulau, anak pengadu telah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh pelajar senior.

"Anak pengadu mengalami kecederaan iaitu salah satu patah tulang rusuk. Anak pengadu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

"Laporan dibuat pengadu kerana takut jadi apa-apa kemudian hari," menurut laporan yang sama.

Hasil siasatan polis mendapati, mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan 4 pada 22 Oktober 2014 pukul 11.45 malam hingga 1 pagi di dalam dorm asrama.

Mangsa dipukul dengan menggunakan seterika serta dipijak.

Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena seterika panas.

"Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan terkena pada jantung," katanya laporan itu.

Suspek seramai lapan orang telah dikenalpasti membabitkan pelajar tingkatan 4.

"Atas arahan pihak sekolah, mereka telah diarahkan balik ke rumah masing-masing. Tiada saksi lain menyaksikan kejadian dan pihak warden hanya mengetahui kejadian pada 23 Oktober 2014 pukul 8 malam.

"Selepas mengetahui insiden, pihak warden berhubung dengan pihak Hal Ehwal Pelajar dan pengetua namun gagal dihubungi," katanya.

Seterusnya warden meletakkan pelajar di bilik rehat sementara menunggu arahan lanjut. Pada 23/10/14 jam 3 petang, HEP berhubung dengan keluarga mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah.

"Mangsa dihantar menggunakan kapal terbang dan setibanya di Lapangan Terbang Subang mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh ayah mangsa," katanya laporan yang sama.

Pada 27 Oktober 2014, kira-kira pukul 12 tengah hari, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Inspektor Boby telah menahan suspek pergaduhan di asrama MRSM Balik Pulau.

"Tangkapan seramai lapan orang dan justifikasi tangkapan adalah berdasarkan keterangan mangsa.

Keterangan awal suspek berkenaan mendedahkan mengaku terlibat pukul mangsa secara berkumpulan ke atas mangsa menggunakan tangan dalam bilik letrik dan salah seorang dari mereka telah mencucuh seterika di bahu mangsa.

 Siasatan dibawah Seksyen 326 itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk mendapatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.--MalaysiaGazette


Posted by Anak Sungai Derhaka 


Comments (2)

0
jingoza's avatar
jingoza· 39 minutes ago
pening daa aku baca laporan ni ,sat kata pembuli disuruh pulang kerumah masing2 ,sat warden tahan di blik rehat ,sat polis pulak tahan suspek pergaduhan !! apa daa pemberitaan pening lalat ! ABU !
0
norliah abdullah's avatar
norliah abdullah· 20 minutes ago
Samseng2 ni patut disumbat ke sek henry gurney. Tk lyk langsung masuk sekolah biasa apalagi berprestij. Kecik2 lg dh mcm setan, dh besar jd bapak setan lbh2 lg yg singlet hitam tu.

1 comments:

Unknown said...

Minta admin buat semakan.Kes ini saya yakin tidak berlaku di MRSM kerana MRSM tidak pakai katil double decker..saya yakin admin adalah ISLAM sejati.jadi tolong buat berita yang sahih.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena