Sunday, 4 January 2015

NAJIB PM ku...DIJANGKITI VIRUS E.COLI? Hangpa ingat mudah ke jadi PM...

Isnin, 5 Januari 2015
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan dijangkiti virus E.Coli ketika melakukan lawatan ke kawasan banjir baru-baru ini.

"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.

Paparan skrin Twitter @PMOMalaysia

Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.

Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah. ~Mstar



Hangpa ingat mudah ke jadi PM...

LAPORAN YANG DIPETIK DARI MALAYSIAKINI :

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar 24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.

Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan.

Menurut Bernama, Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjirdi seluruh Malaysia.

PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena