Sunday, 1 February 2015

Orang Hong Kong bukannya tau 'Datuk' tu apa benda...Ngapa Afdlin terganggu?

Isnin, 2 Februari 2015

Malaysia Boleh!!!

Sekurang-kurangnya Jackie Chan tak boleh berlagak macam artis Malaysia yang dapat Datuk. Dia nak berlagak pun orang Hong Kong bukannya tau Datuk tu apa benda.

#Perkasa sila berdemo untuk Khairy Jamaluddin dapat Datuk. Dia dan Pemuda BN kerja kuat untuk orang lama goyang kaki dan bodoh pulak tew


#TakkanArtisJerBeraniBersuara
#YangLainSimpanTelurJagaPeriukNasiYer

- Tote -

Depa sokong gst tak? Tak sokong pun dapat dato.. Macai dapat apa? Dah la tak dapat dato, makin miskin pula...

Afdlin terganggu dengan 'Datuk' Jackie Chan


Artis terkenal Afdlin Shauki hari ini menyatakan rasa terganggunya dengan pemberian gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa Jackie Chan.

Sambil menegaskan sukakan Chan, Afdlin bagaimanapun berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.

“...apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.

Menulis di Facebook, Afdlin berkata, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.

“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah... Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya.

Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena