Wednesday, 8 April 2015

[Video] Parodi "Apa Khabar" #GST...Pilih 'Negara & Rakyat' atau 'PM Najib'?

Rabu, 8 April 2015





Kenyataan Media: Pilih Negara dan Rakyat atau PM Najib

1. PAS menyambut baik suara teguran mantan Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir Mohamed kepada kepimpinan Perdana Menteri sekarang, Dato’ Sri Najib Razak yang diselebungi dengan pelbagai kontroversi. Ia jelas membuktikan apa yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat selama ini bukanlah omongan kosong kerana Tun Mahathir selaku orang veteran di dalam UMNO turut merasai hal yang sama.
2. Saya menyeru para pemimpin UMNO dan juga ahli Kabinet agar tampil menyatakan pendirian mereka terhadap apa yang telah dikatakan oleh Tun Mahathir. Usahlah berselindung di sebalik kepentingan kuasa dan takhta sehingga takut untuk menyatakan isi hati yang sebenar. Dalam keadaan negara dilanda pelbagai krisis yang meruncing ini, para pemimpin di dalam kerajaan perlu berani untuk mempertahankan rakyat dan negara.
3. Kepentingan rakyat dan negara perlulah didahulukan berbanding kepentingan parti UMNO kerana sekalian rakyat sedang menilai sejauhmana amanah dan kesungguhan kerajaan BN yang mencanang slogan “Rakyat Didahulukan” ini benar-benar membela nasib mereka. Derita dan sengsara rakyat yang kian terbeban akibat pelaksanaan GST ini tidak boleh dipandang remeh dan sepi oleh pemimpin UMNO kerana merekalah juga yang menjadi pendokong di sebalik kepimpinan PM Najib sekarang.
4. Justeru, saya berharap agar para Menteri dan pemimpin UMNO yang lain sedia menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan PM Najib sekarang, jikalau tidak ia tak ubah seperti kata pepatah “sokong membawa rebah”.
YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
3 April 2015

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena