Saturday, 11 April 2015

'Himpunan Rakyat Derita' di Padang Merbuk petang ini menampilkan ikon Tok Janggut!

Sabtu, 11 April 2015






Sedang Solat Asar Berjemaah Di imamkan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan


Himpunan PAS bantah GST di Padang Merbok

Perhimpunan PAS menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur hari ini sejajar dengan seruan Nabi Muhammad untuk menentang kezaliman, kata seorang pemimpin parti itu hari ini.

"GST benar-benar menzalimi rakyat. Menentang kezaliman adalah wajib, sama ada menggunakan kekerasan, lidah atau hati," kata Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

"Nabi bersabda sebaik-baik jihad adalah kalimah yang bena r di sisi seorang penguasa yang zalim," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menggesa rakyat menyokong perhimpunan hari ini yang bertemakan 'Himpunan rakyat derita; kenapa kita menentang GST' di Padang Merbuk di ibu negara mulai jam 4 petang tadi.

Perhimpunan itu akan menampilkan ikon Tok Janggut, yang menentang penindasan British mengenakan cukai semasa pemerintahan penjajah.

Sementara itu, PKR melancarkan 'flashmobs' anti-GST di seluruh negara bermula dengan di Plaza Tol Damansara berhampiran dengan pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, dengan mengedarkan pelekat kereta #BantahGST.

Mereka juga telah memulakan petisyen di www.bantahGST.com untuk mengumpul satu juta tandatangan membantah cukai tersebut.

Dalam 15 hari pertama, kata Sim Tze Tzin, mereka telah mengumpulkan 15,000 tandatangan dan berharap dapat mencapai sekurang-kurangnya 200,000 menjelang 1 Mei.

Malaysiakini.




Kenyataan media ini disokong oleh:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Gerakan Demokratik Belia & Pelajar Malaysia (DEMA)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Pemuda Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
Kelab Bangsar Utama
Sekretariat #KitaLawan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena