Editor Malysiakini...baca
Kenapa Altantuya Shaariibuu dibunuh? Siapa arah wanita Mongolia ini dibunuh?
Penafian Tun Abdullah Ahmad Badawi akan pembabitan Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak membawa apa-apa makna, bagi kita yang mengetahui dan berfikir.
Penafian Najib atas dakwaan (ulangan) Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bermakna, jika fikir-fikir lebih lanjut.
Malah, penafian-penafian ini mengingatkan semula kita pada kes pembunuhan kejam yang memalukan negara dalam konspirasi besar peringkat atasan -- lebih besar dan lebih atasan daripada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Kesilapan kes bunuh ini ringkas saja:
(a) mahkamah tidak menyemak motif pembunuhan dan menyifatkan "motif" dalam kes bunuh kejam dan sensasi ini "tidak penting".
(b) membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib, daripada tuduhan bersubahat dan tidak merayu pembebasannya.
(c) DSP Musa Safri, pegawai pengiring Najib, tidak dipanggil beri keterangan mahkamah. Sedangkan Musa pernah sediakan afidavit (akuan sumpah) untuk membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tahanan reman kes ini.
Jadi, persoalan demi persoalan terus muncul dan akan terus ditanya orang ramai.
Altantuya datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Abdul Razak Baginda. Wanita ini dianggap mengganggunya dan diarahkan Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri menghalang gangguan ini.
Jadi, kenapa Altantuya dibunuh?
Kalau bukan Najib, siapa yang mengarahnya?
Perdana menteri? Ketua pasukan polis yang mengawal Sirul dan Azilah? Keluarga Najib? Ejen perisik Perancis, yang terlibat dalam jualan Scorpene? Syarikat yang terlibat dalam jual-beli Scorpene?
Ingat! Sirul menerima arahan Azilah. Jadi Azilah pasti tahu siapa yang arah kedua-duanya menghabisi Altantuya.
Katakan, arahan kepada Azilah itu disampaikan oleh X. Siapa yang arahkan X? Atau, siapa lagi di belakang X?
Kenapa Altantuya Shaariibuu dibunuh? Siapa arah wanita Mongolia ini dibunuh?
(ii)
Najib mungkin tidak bersalah tetapi orang ramai tidak faham hubungan-hubungan ini:
- Abdul Razak Baginda kenalan rapat Najib.
- Musa Safri pegawai pengiring Najib
- Azilah dan Sirul pula bodyguard Najib.
Kenapa semuanya berputar di keliling Najib?
Ada satu kes pelik yang terus mencemarkan nama Najib -- sekali lagi, walaupun beliau tidak bersalah atau tidak pernah mengenali Altantuya.
Pada malam penyiasat persendirian Bala Subramaniam, yang pernah berjumpa Altantuya di luar rumah Abdul Razak Baginda, menarik balik akuan bersumpahnya, kenapa adik Najib dan adik ipar Najib terlibat?
Kenapa saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan keluarga Najib, turut terlibat?
Jangan salah faham. Saya tidak menuduh Najib terlibat. Bukan, bukan itu maksud saya.
Kes ini, maksud saya, telah mencemarkan nama Najib dengan teruk. Malah, sebelum beliau naik sebagai perdana menteri lagi.
Apatah lagi Tun Dr Mahathir, yang menaikkan Najib, pula membuat tohmahan.
Dan Tun Dr Mahathir pula harus turut memikul beban yang sama -- jika bekas perdana menteri ini sudah syak Najib terlibat, kenapa naikkan beliau sebagai perdana menteri?
Soalan terakhir ini Tun Dr Mahathir harus jawab!
0 comments:
Post a Comment