Saturday, 30 May 2015

AMARAN untuk Dr. Zuhdi - Hentikan 'Fitnah Jahat' kamu...

Ahad, 31 Mei 2015

Amaran Untuk Dr. Zuhdi - Hentikan Fitnah Jahat Kamu Itu.

Kenyataan media
30 Mei 2015

KEMUKAKAN BUKTI ATAU HENTI FITNAH, PASMA NASIHAT ZUHDI MARZUKI

Saya kesal dengan kenyataan berbaur fitnah Dr Zuhdi Marzuki baru-baru ini yang menuduh PasMa terbabit dalam 'grand design' satu-satu calon pada musim saingan Muktamar PAS kali ini.

Dari awal lagi, telah saya tegaskan bahawa PasMa tidak akan mencampuri proses pemilihan dalam Muktamar PAS, kerana kami adalah NGO penyokong Pakatan Rakyat sahaja.

Lagipun, semua tuduhan Zuhdi kepada mana-mana pemimpin PAS yang menawarkan diri pada muktamar PAS ini adalah tidak adil kepada mereka yang berkenaan.

Tuduhan Zuhdi ini yang mensasarkan kepada calon-calon berkenaan dilihat lebih pada memberi reputasi buruk kepada mereka. Ini suatu tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang muktamar.

Kalau ada ahli PasMa menunaikan kewajipannya sebagai ahli PAS sempena musim pemilihan kali ini sekalipun, itu hak peribadi mereka yang PasMa sendiri tidak boleh larang.

Seperti gambar sahabat baik saya, Tuan Haji Razman Zakaria yang menyertai majlis jelajah Tun Dr Mahathir Mohamad menghentam Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini banyak tersebar di facebook, tetapi tak bolehlah pesuruhjaya PAS Perak itu difitnah menyokong Dr Mahathir pula. Itu tidak adil untuk sahabat saya.

"...janganlah sesekali kebencian kamu kepada satu-satu puak mendorong kami untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah kerana keadilan itu lebih mendekati ketakwaan..." (Surah Al-Maidah: 8)

Berlaku adil lah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri.

Justeru, saya ingin menasihatkan Zuhdi supaya mengemukakan bukti atas tuduhannya itu, atau segera berhenti melakukan fitnah ke atas PasMa.

Sekian.

Dato' Hj Phahrolrazi bin Mohd Zawawi
Presiden PasMa

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena