Tuesday, 21 July 2015

Baiah PAS pertaruh isteri? Hrmm, berat neh!...Hadi harus perjelaskan...

Selasa, 21 Julai 2015

Hmm.. Berat ni.. Haji Hadi boleh tolong jelaskan tak pasal bai'ah ni?


Benda ni dah lama aku dengar sebenarnya, tapi bilea diminta kepastian dari beberapa pemimpin PAS yang aku kenal semuanya menjawab dengan senyuman..

Tapi akhirnya isu bai'ah dan sumpah calon PAS untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika keluar parti atau melompat ke parti lain terdedah juga..

Ianya terdedah setelah Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS khususnya dari Kelantan mengenai sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Berat ni.. sebab setahu aku.. ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata-mata kerana suaminya hanya bertukar parti...

Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.

Lagipun perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.

Bai'ah ini lebih merupakan paksaan untuk kekal dalam parti, jadi di mana sebenarnya keikhlasan indiividu-individu yang menjadi Calon itu?

Kenapa perlu dipertaruhkan Isteri untuk membuktikan kesetiaan kepada parti?

Perkara ini turut dipersoalkan oleh CheGu Bard..

Baiah PAS pertaruh Isteri ? Hadi harus perjelas 
Merujuk kepada kenyataan Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun yang dilaporakan oleh media tempatan yang boleh dicapai di sini (bahasa Melayu) dan di sini (bahasa Inggeris) yang mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS khususnya dari Kelantan mengenai sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). 
Fatah dilaporkan menyatakan baiah seperti ini sudah diamalkan sejak 1990 lagi dalam PAS. 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius perkara ini. Jujurnya lama sudah dengar mengenai baiah yang mengikat PAS sebelum ini namun SAMM sangat terkejut mendengar pengesahan pemimpin PAS mengesahkan kewujudan baiah yang menjadikan wanita sebagai taruhan. Ia tindakan kolot seperti zaman gelap sebelum kedatangan Islam.

PAS sentiasa mahu melebelkan dirinya gerakan Islam maka jika ini benar wujud maka ini merupakan fitnah terhadap Islam dan penghinaan kepada wanita itu sendiri.

Berdasarkan sirah Islam itu datang membawa sinar ditengah - tengah zaman 'kegelapan' Mekah. Islam datang mengangkat martabat wanita dari menjadi bahan dagangan, barang taruhan kepada satu tahap kemuliaan yang tinggi.Al-Quran sendiri dan hadis bukans edikit membicarakan wanita sepanjang masa contohnya Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita.

Pernah suatu ketika Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Bukhari dan Muslim) begitulah martabat wanita di mata Islam 
Dalam satu hadis riwayat (HR) Tirmidzi dan Ibnu Majah di mana Rasullullah di akhir kehidupanya dan ini berlaku pada haji Wada dimana dalam hadis tersebut menyebut dengan jelas antaranya "berbuatbaiklah kepada wanita, ...kalian tidak berkuasa terhadap mereka (isteri) kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya tinggalkan mereka ditempat tidur dan (jika tidak berhenti nista) pukullah tetapi jangan melukai. Jika dia mentatati kalian janganlah berbuat aniaya terhadap mereka..... akhir hadir tersebut diingatkan sekali lagi Ketahuilah hak mereka ke atas kalian adalah kalian berbuatbaik ke atas mereka...." Begitulah Islam mengangkat martabat maka amat tidak masuk akal untuk sebuah gerakan Islam (kononya) tetapi sebaliknya menjadikan wanita sebagai taruhan dalam baiah mereka.

Amat kecewa sekali Abdul Fatah dalam nada sinis pernah menyuarakan mengenai perkara itu melalui status Facebook dengan mengandaikan bahawa akan ada ramai isteri wakil rakyat PAS Kelantan yang bakal menjanda. Dalam keadaan rakyat dihimpit perbagai kemelut pemimpin PAS boleh hanya berfikir berkisar perkara ini
Apa dalil yang membenarkan perkara ini berlaku, amat kecewa Presiden PAS yang juga kononya orang yang berjawatan dalam organisasi Ulama dunia menghalalkan kerja buat menjadikan wanita bahan taruhan ini ? 
Amat pelik juga jika ini benar bagai mana calon wanita yang mewakili PAS hendak berbaiah, adakah mereka akan menceraikan suami mereka ? 
Hj. Hadi harus tampil menjelaskan perkara ini sama ada ia benar atau tidak dan jika ia benar ia perlu dihentikan dan PAS harus meminta maaf kepada kaum wanita keseluruhannya. 
Jika tidak SAMM melalui segmentasi Wanita Muda SAMM akan menggerakkan satu kempen khas dan PAS harus dihukum kerana penghinaan terhadap Wanita dan fitnah terhadap Islam ini kepada bukan Islam harus meluhat perkara ini dengan bijaksana, baiah yang memperjudikan wanita sebagai taruhan ini bukan amalan Islam. Islam agama yang hadirnya mengangkat martabat wanita.
Sekian. 
cheGuBard
Pengasas SAMM

CheGuBard mungkin tak tahu perkara ini sebab dia dari PKR sama juga macam aku.. tapi kalau dikatakan kami tak tahu sebab kami bukan ahli PAS... itu adalah silap, sebab Ketua Cawangan PAS sendiri turut mempersoalkan perkara ini..


Saya merujuk kpd Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat oleh Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sebagaimana Surat Bai'ah dan Sumpah yg dikeluarkan atas nama Majlis Syura Ulama Pas bertarikh 19.4. 2013 yang telah didedahkan oleh Ust Haji Wan Ismail bin Wan Jusoh, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan merangkap bekas ADUN MELOR melalui status facebooknya, yang antara lain mengandungi sumpah taklik bahawa jika beliau keluar parti atau melompat ke parti lain dgn kerelaan sendiri setelah terpilih menjadi ADUN/AHLI PARLIMEN, maka tertalaklah isteri/isteri - isterinya dengan 3 talak.

Sebagai Ketua PAS Cawangan Kepala Jambatan, Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan yg menjadi DUN kepada Dato' Haji Ahmad bin Yakob, membantah sekeras-kerasnya Bai'ah dan Sumpah tersebut atas alasan-alasan berikut:

1. Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.

2. Perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.

3. Ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata2 kerana suaminya hanya bertukar parti kecuali kerana maslahat atau kepentingan agama yg lebih besar.

4. Keluar parti atau melompat parti lain selama mana ianya tidak menimbulkan mudharat yg besar kpd Islam bukanlah suatu yg diharamkan oleh syariah, lebih2 lagi bila ada keperluan di segi syarak untuk berbuat sedemikian.

5. Bai'ah dan Sumpah mencerai isteri dgn 3 talak yg telah dibuat telah melangkaui maslahat syarei antara kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dgn maslahat politik yg diperlukan semasa ianya dilafazkan.

Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri hendaklah memgambil tindakan sewajarnya membatalkan Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat kerana ianya bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan dan boleh mendatangkan mudharat yg lebih besar kepada isteri, anak-anak dan keluarga pihak berkenaan berbanding sekatan utk keluar parti, ianya juga satu proses menyalahgunakan kuasa talak yg dibenarkan oleh islam tanpa tujuan yg dibenarkan oleh syarak.

Posted by Anak Sungai Derhaka 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena