Sunday, 19 July 2015

GHB ibarat sambal belacan. Semakin pedas semakin enak.

Ahad, 19 Julai 2015
Dr.Paridul Adras Ismail said...
GHB ibarat sambal belacan. Semakin pedas semakin enak. Semakin enak semakin menyelerakan. Pas pula semakin hari semakin menjemukan. Resepinya hanyalah semata-mata maki-hamun, celaan dan fitnah yang kononnnya daripada ajaran. Resepinya hanya menjual agama. Seakan-akan agama Islam milik Pas sdn Bhd. Tafsiran mereka sahaja yang tepat. Pihak-pihak lain tiada autoriti untuk berhujah menggunakan firman Allah dan sabda Rasullullah kerana bukan golongan ulama. Hanya golangan yang berserban dan berjubah sahaja layak memimpin Pas kerana tag line parti ini telah bertukar kepada "Pas for all ulama".

Lantaran Pas sudah menjadi parti ekskusif untuk ulama, maka ahli-ahli yang tidak status ulama tidak ada pilihan melainkan meninggalkan Pas. Walaupun tidak tertulis dalam perlembagaan parti, Pas era pasca muktamar 2015 adalah yang mempunyai susun lapis kepimpinan. Saf pimpinan tertinggi mesti ulama. Ahli-ahli yang bukan ulama walaupun mempunyai kualiti kepimpinan hanya layak menjadi ahli biasa sahaja. Pas memang ada kasta. Ahli yang bukan ulama sampai bila pun akan tetap jadi "paria" parti.

GHB yang bakal didaftarkan sebagai parti politik sudah mendapat sambutan ramai, ibarat pisang goreng panas. Penubuhan cawangan-cawangan (bahagian) penajaan ibarat tumbuhnya cendawan di musim hujan. Tidak perlu disemai dan dibaja, cawangan-cawangan penajaan menggusarkan hati dan nurani pimpinan Pas. Emosi mereka tergagnggu kerana kekhuatiran hilang pengaruh menyebabkan tohmahan dan teori-teori tanpa sandaran kajian dilontarkan. Terakhir, Presiden Pas meramalkan GHB hanya boleh bertahan selama dua tahun. Harap-harap firasat beliau menjadi sebaliknya. Jika tidak dikawal keceluparan mulut-mulut pemimpin Pas, kebarangkalian dua tahun lagi Pas hanya tinggal pemimpin dan tanpa ahli menjadi realiti.

GHB ditubuhkan bukan kerana rasa kecewa, tetapi dengan kesedaran untuk membela rakyat. Rakyat kini dibelenggu kesengsaraan di bawah kerajaan BN. Kenaikan harga barang, GST, penurunan nilai mata wang dan penyelewangan hazanah negara melalui 1MDB menyebabkan rakyat kualiti kehidupan rakyat menurun. Wakil-wakil Rakyat Pas tidak menunaikan tanggungjawab menyuarakan keluahan rakyat di dun dan parlimen, bahkan ramai yang bercuti dan ponteng ketika persidangan. Harapkan pegar, pegar makan padi. Para pemimpin GHB adalah pemimpin yang menjuarai permasalahan rakyat. Dengut nadi kehidupan rakyat adalah nafas harian mereka. Walau apa pun perjuangan mesti diteruskan demi kelangsungan membela rakyat yang dahagakan pembelaan.
Posted By 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena