Wednesday 15 July 2015

PAS bakal tersingkir dalam Pakatan Pembangkang? PKR sokong GHB & Ustaz Hasrizal koyakkan Sijil PAS...

Rabu, 15 Julai 2015

Petanda PAS Bakal Tersingkir Dalam Pakatan Pembangkang?


Petanda PAS Bakal Tersingkir Dalam Pakatan Pembangkang? PKR mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan memberikan komitmen untuk menyertai jelajah mereka selepas Aidilfitri ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengenali secara rapat pemimpin dalam gerakan tersebut dan bersama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin tokoh yang lama berjuang menentang Umno dan BN ini perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak Itu Aku Koyakkan Sijil PAS Aku... - Ust Saiful Islam


Bismillah. 

Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik. 

Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik...

COMMENTS:

Ardena said...
Syabas Ustaz Hasrizal. Satu coretan yang amat berharga.

Betul, idealisma semata-mata walaupun disaluti dengan "Nama Allah dan Rasul" tanpa rangka kerja yang mantap dalam konteks realiti negara berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang etnik sukar menembusi tiang matlamat.

Kita perlu bijak. Malang sekali komen Dr. Zuhdi semalam yang mengaitkan "progresif" Gerakan Harapan Baharu dengan gay, LGBT, comango dsb. hanya merendahkan lagi martabat dirinya. Apakah buku itu saja menjadi rujukannnya apabila mencenteng arang kepada GHB ?. Saya baca laporan komennya dalam Malaysiakini, memang tersasur jauh dari kebenaran. Dia kena ingat tulisannya (malah tulisan sesiapapun dalam alam maya) bukan hanya dibaca oleh Pak Mat kampung atau Kak Charg penjual nasi dagang, namun turut dibaca oleh orang sepeti saya (ada PhD) dan orang2 bijak pandai tidak kira latarbelakang akademiknya. Dr.Zuhdi's critique of GHB is too simplistic, naive and off-tangent. Please you're doing a disservice to your good name (?) and the good office of Pas Research Centre formerly headed by Dr.Dzulkefli.

Back to catatan Ustaz Hasrizal. Memang saya terasa kejanggalan halatuju PAS sekarang. Dalam konteks "PAS for All" initiated by the progressive leaders in PAS, ia satu wadah terbaik untuk berdakwah kepada oran2 bukan-Islam. Baik sangat. Sayang kerja baik yang dibuat itu hilang sekelip mata dengan "the bulldozed of hudud agenda". Again and again, kita bukan tidak percaya pada hudud. Jauh sekali. Kita berkata fokus dulu kepada masalah rasuah (yang ternyata terlalu parah hingga ke Seri Perdana), keadilan, kerosakan alam dsb. Ya Negara Brunei Darussalam boleh melaksanakan hudud sebab taraf ekonomi mereka baik (saya dah berulangkali ke Brunei). Kita di Malaysia. Saya difahamkan, slipar kat masjid pun dicuri kalau nampak cantik. Apatah lagi dengan desakan ekonomi yang amat sangat di Kalantan pasca banjir, maka hudud jika di laksanakan akan memangsakan rakyat marhaen seperti itu, Is is fair NOW ?.Its a disservice to Islam itself.

So whatever name GHB atau apa pun saya juga sealiran dengan Ustaz Hasrizal, menyokong penuh GHB. Kita buka lembaran baru dalam politik Malaysia. Dalam usaha mencari redho Allah, ketidakadilan, kezaliman dan ketidaktentuhaluan pimpinan seperti di Putrajaya kini mesti diganti.

Cuba satu. Saya berkesempatan berbicara secara exclusive dengan TGHHadi hampir sejam. Nampak garang, tetapi lembut orangnya. Mungkin dia terlalu terpengaruh dengan orang di sekeliling seperti Zuhdi, Azli Taliban, Nasarudin, Abduh dan yang sewaktu dengannya ... watak2 yang disebut oleh Ustaz Hasrizal yang berpendirian agak regresif kot. Hanya Allah saja yang tahu.

InSyaAllah more and more people will join us. Ramai dalam PAS yang masih berbelah bagi akan mengekori langkah kita. Best wishes to GHB. To Bang Mat, to Mr. Cool Salehuddin, to the fighter Dr.Hatta, to Khalid Samad (lama saya sembang dengan di Mesjidil Haram dua tahun lepas, terjumpa dia kat situ. Dia tak kenal saya ... sampai sekarang), to the young man Suhaizan, yang Arif Dr.Dzul, yang petah dengan undang2 Hanipa Maidin dan lain-lain semuga berkat bulan Ramadan, kita dilandasan yang diredhai Allah. Ameen

Dr.Paridul Adras Ismail said...
Muktamar PAS 2014 yang berlangsung di Johor adalah satu permulaan bagi satu kesudahan bagi parti siasah ini. Pada muktamar tersebut kita menyaksikan sebuah parti yang kononnya meletakkan Islam sebagai teras perjuangan bersorak sorai, boo, label-melabel, dari atas hingga ke bawah, dan doa didodoikan untuk menyindir sesama ahli.

Muktamar Pas 2015 pula menyaksikan betapa "laveling" terhadap golongan progesif dan profesional dalam Pas diperkukuhkan. Golongan-golongan ulama dalam Pas menuduh golongan progresif dan profesional ini sebagai tolol, celaka, jebon, barua, broker, munafik hiraki, engkar syura, pengkhianat, lawan ulama, proksi ketum, pro Dap, fikrah tak jelas, Yahudi, mabuk, liberal, sekular, anti hudud dan pemecah belah. Tidak terjangkau oleh akal yang waras tuduhan-tuduhan buruk yang sebegitu rupa dilontarkan kepada golongan yang tidak dapat dinafikan sebagai tulang belakang parti.

Mereka inilah yang menjiwa keluh-kesah penderitaan rakyat hasil kepincangan kerajaan BN. Mereka inilah yang turun padang melakukan demontrasi jalanan membantah tindakan kerajaan BN yang membelakangi rakyat. Mereka inilah yang sanggup keluar masuk lock up polis, penjara, ISA dan mahkamah semata-mata kerana membela rakyat marhaen. Harapkan golongan ulama Pas hanya sekadar berkebolehan memberikan ceramah-ceramah agama yang bombastik, namun jalan penyelesaian kepada permasalahan rakyat adalah sifar.

Rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan mengalami kerugian besar jika golongan profesional dan progesif ini mengundurkan diri dari arena politik tanah air. Penubuhan NGO Gerakan Harapan Baru yang direncanakan akan didaftarkan sebagai parti siasah pada waktu terdekat adalah sesuatu yang amat-amat dinantikan oleh pencinta keadilan. Wadah baharu ini diyakini akan mendapat sokongan rakyat Malaysia. Wadah baru ini pastinya akan mewarnai senerio politik Malaysia terutama PRU 14 yang bakal menjelang. Ayuh sahabat-sahabatku yang sudah bosan dengan retorik hudud Pas, sama-sama kita gembeling tenaga dan buah fikiran menjaya dan memantapkan wadah baharu ini.

Zab said...
Memang syahdu membacanya. Saya tidak pernah terlibat dengan intensif dengan PAS sebagaimana sebahagian rakan saya, disebabkan perbezaan pendapat tentang pendekatan yang ingin dibawa. Saya tetap beranggapan bahawa mencedok bulat bulat apa yang dibuat di Timur Tengah tidak akan membantu PAS di negara ini. Pandangan keras sebahagian ustaz tidak akan membantu menunjukkan Islam itu rahmat. Saya masih beranggapan Pas gagal dalam menterjemahkan Islam secara lunak dan berakhlak. Malangnya pendapat orang macam kami dianggap menongkah arus dan dianggap berbahaya. Malang sekali. Saya pernah melibatkan cara Dr Zaharudin mengendalikan taaruf dan tamrin (ketika itu beliau masih di tahun akhir undergraduate) dan kematangannya terserlah.

Saya amat berharap agar GHB dapat menunjukkan nilai Islam sebenar, dakwah kita bukan pada gelaran kita sama ada agamawan atau professional. Kerana akhirnya kita tetap akan mengadap Allah untuk diperhitungkan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena