Wednesday 15 July 2015

[Video] Malu dan sedih melihat anak-anak muda Melayu di bawah pemerintahan UmnoBN...

Rabu, 15 Julai 2015

Wajah-wajah suci 'melayu' yang telah ditahan polis mengikut Akta Hasutan atas kesalahan memberi ucapan berbaur hasutan di Low Yat.

Apa kelebihaan hero melayu ni..???


Kesihan dgn Umno bila nk jadi gini...
Peringatan kepada saya dan semua sahabat - tolaklah perkauman kerana ia tiada dalam Islam. Malu dan sedih melihat anak-anak muda Melayu beragama Islam seperti hilang akal dan tiada agama memukul dan merusuh atas perkauman; sedangkan kesnya berpunca dari kecurian telefon yang diapi-apikan.
Kemudian melaungkan Allahuakbar - ini ajaran mana? Saya masih belum terjumpa kenyataan yang tegas dari seorang mufti atau agamawan yang berkedudukan yang mengutuk kegilaan ini.
Baca laporan berita berikut dan insya Allah saudara juga akan rasa kesal dan malu.
----------------------------------------------------------------------------------
Selepas menikmati makan malam bersama rakan-rakan di Bukit Bintang, Patrick Lim memandu pulang ke rumahnya dengan tenang pada awal pagi Isnin lalu.
Bagaimanapun, pemanduannya terganggu apabila beliau bersama dua lagi rakannya diheret keluar daripada kereta yang sedang dipandunya oleh sekumpulan perusuh yang dianggarkan bilangan mereka kira-kira 100 orang.
Malah, sebuah video berhubung serangan terhadap Lim juga menjadi viral di laman sosial. Video tersebut menunjukkan sekumpulan perusuh menyerang kereta Proton Wira hitam dan menyerang individu di dalam kereta itu.
Pihak polis pula berusaha untuk meleraikan kumpulan tersebut daripada terus menyerang sehingga menyebabkan salah seorang daripada anggota polis itu mengeluarkan pistol dan menghalakan ke udara.
Bercakap kepada pemberita buat pertama kalinya sejak kejadian itu, Lim, 21, bagaimanapun tidak menyimpan dendam.
"Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya tidak mahu membalas dendam. Ia adalah kerana saya mempunyai ramai kawan Melayu. Saya tidak mahu menjadi rasis.
"Kita dilahirkan di Malaysia, tak ada gunanya untuk lawan balik. Tetapi saya berharap agar tidak ada lagi kejadian seperti ini. Tak ada guna, kita rakyat Malaysia," kata Lim.
Lim berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengambil kereta Proton Wiranya yang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.
Mengimbas kembali kejadian itu, bekas pemain bola keranjang negeri itu berkata, beliau langsung tidak bermaya ketika dipukul selama kira-kira 10 minit.
"Mereka buat kami seperti binatang," kata Lim yang berharap agar pihak yang memukulnya dibawa ke muka pengadilan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena