PAS: Gerakan baru 'hanya akan untungkan BN'
Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.
"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.
GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.
Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.
"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.
"Ahli, penyokong dan pengundi Umno/BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga naib presiden PAS.
Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.
"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.
"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.
"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya.
Posted by Kedah Lanie
COMMENTS:
- Kurang akal. Apa yg boleh di harap dgn PAS sekarang? Sedih...
- Salam GB/..
Bab ni aku tergelak sakan...berguling-guling sampai anak-anak aku, terperasan,abah abah apahal ni..Buang tabiat ka..
DIA PAKAI BAJU UKUR BADAN DINOSOUR...
Inilah akibatnya pakai "CHAI" LAST-LAST SEMUA DAHLARI HANYA TINGGAL"MACHAI" TINGGALMACAI.MM..MENGUCAP KETAWA BANYAK2 NANTI MENJADI KAWAN SYAIT - tuan, usah takut. Ulama pas suci mulia memang baik hati dah tolong umno. Maka sudah pasti umno akan sponsor duit tanding semua kerusi di semua Negeri (500+) dan semua 222 kerusi parliament.
Kalah pun Tak apa, yang penting pas namp kuat dan ulama pas nampak suci mulia.
0 comments:
Post a Comment