Mahfuz ingatkan pimpinan PAS sejarah 1990 sewaktu bekerjasama dengan 'pengkhianat'
Kenyataan Media
TAK SALAH PUN PAS BERKERJASAMA DENGAN PARTI YANG DIANGGAP PENGKHIANAT UNTUK MENGALAHKAN UMNO BN.SEJARAH 1990 MEMBUKTIKAN.
1.Saya tiada masaalah apabila kenyataan saya ditempelak oleh banyak pehak yang marahkan saya kerana menyarankan PAS menyambut pelawaan YAB Azmin Ali supaya Pas menyertai dan berada kembal dalam pakatan pembangkang.Begitu juga saranan saya agar Pas dan Amanah berunding untuk memastikan satu lawan satu didalam prk Kuala Kangsar dan Sg Besar dengan masing masing bertanding hanya satu kerusi.
2.Kenyataan dan saranan saya kerana ingin melihat Umno Bn dapat dikalah dalam prk dan pru 14 nanti.Maka wajarlah setiap parti memahami kekuatan semasa politik parti masing masing serta pengaruh semasa berdasarkan komposisi pengundi pelbagai kaum dan pergolakan politik di Malaysia dan di kedua dua kerusi K.Kangsar dan Sg Besar.Yang penting kedua dua parti ini perlu duduk berbincang ambil pendekatan situasi menang menang (win win situation) demi rakyat dan Malaysia.
3.Tidak salah untuk Pas duduk berbincang dengan Amanah yang merupakan parti yang lahir dari pergolakan krisis dalaman Pas yang dianggap pengkhianat jika itu boleh membantu membina kembali imej Pas dipersada politik Malaysia.Dan tidak salah juga untuk Amanah berbincang dengan Pas parti yang mereka begitu marah untuk mencari formula bagi mengalahkan Umno Bn.Kepada Amanah saya harap buang kemarahan pada Pas dan kepada Pas juga buang rasa geram pada Amanah.Apa pun Parti Amanah telah ujud dan semua pehak perlu mencari jalan untuk menewaskan Umno Bn demi Rakyat dan Malaysia.
4.Belajarlah dari sejarah.Tahun 1990 Pas dan serpihan Umno semangat 46 yang ketuai oleh YBM Tengku Razaliegh Hamzah yang pernah terlibat dalam konspirasi politik mengkhianati dan menjatuhkan kerajaan Pas diKelantan pada tahun 1978 telah dapat duduk dalam satu pakatan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
5.Bukan sahaja Tengku Razaliegh yang mengkhinati Pas tetapi APU turut disertai oleh Parti Berjasa yang merupakan parti yang lahir dari krisis Pas pada 1977 apabila Allayarham Datuk Mohammah Nasir dipecat dari Pas dan menubuhkan Berjasa dan menyertai pru 1978 dan bekerjasama dengan BN serta memenangi 11 kerusi Dun Kelantan dan membentuk kerajaan Kelantan bersama Umno Bn.
6.Pada pru 1990 Pas menerima dan membentuk kerjasama dengan APU yang melibatkan 3 parti yang pernah mengkhianati Pas iaitu SEMANGAT
46, BERJASA dan HAMIM Parti yang ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas Allahyarham Datuj Asri Hj Muda sehingga PAS HILANG KERAJAAN KELANTAN pada 1978.Pru 1990 menyaksikan Pas berjaya membentuk kerajaan Kelantan bersama 3 PARTI YANG YANG PERNAH MENGKHIANATI PAS dan berjaya mengalahkan Umno Bn 39-0.Berjasa diberi 1 kerusi exco kerajaan negeri dan Semangat 46 3 exco dan Timbalan Menteri Besar ke2.Isunya KERAJAAN KELANTAN KEKAL HINGGA KINI DITANGAN PAS selepas berunding dan bekerjasama dengan 3 Parti yang pernah mengkhianati Pas pada 1978 dalam pru 1990.Persoalannya salahkah kalau Pas dan Amanah duduk berbincang dan bekerjasama untuk MENGALAHKAN UMNO BN pada prk dan pru14 akan datang.
"LU PIKIRLAH SENDIRI"
#UndurNajib
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.
#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia.
DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
14.30pm 12 Mei 2016/5 Sya'ban 1437H
Ahli Parlimen Pokok Sena
14.30pm 12 Mei 2016/5 Sya'ban 1437H
0 comments:
Post a Comment