Monday 4 July 2016

[Video] Laluan kecemasan dan menghalang ambulans & Bantuan kecemasan utk ‪#‎Solidariti4PakYa‬! Adakah saya akan ditangkap?

Isnin, 4 Julai 2016
Apabila laluan kecemasan di gunakan oleh pemandu2 teksi utk kepentingan diri jerr...
Patutlah org guna uber n grab car...anda saksi kan video ni:
4 minit 4 teksi
# HWD 2421
# HWE 1101
# HWD 9011
# HBA 7632
Sebarkan..'

Bantuan kecemasan utk ‪#‎Solidariti4PakYa‬ 📢📢📢📢📢📢📢
Mohon siapa yg dekat bantu Pak Ya....!!! Org tua ni sdg sakit dn teraniaya.... Ayuh ramai2 bantu pak ya....! Bangun rakyat malaysia.....! Jika komidi nk burukkan nama jibby dgn aniaya org tua ini x blh diterima dn dimaafkan...!!! Zalim KDN nie...!
Siapa di Johor dekat dengan Balai Air Molek? Pak Ya warga emas berumur 76 thn di berkas di situ Air molek johor sebelah penjara johor ada lokap. Di sana dia di tahan. Di fahamkan....Bukan dia yg buat gambar menghina PM dn niat sakiti hati rakyat malaysia yg dihantar dlm group whatapp tue....Dia forward je gambar itupun x pakai cermin mata tersilap htr ke bicara politik...Semua org pun pernah dlm hidup buat silap terhantar gambar....Dia buta I.t. Microsoft Word dia pandai la. Dia tahu end dgn send,, cut dgn paste....
Pak ya ada masalah kompilasi jantung.... Liver gagal berfungsi dgn baik dn perlu ada jagaan rapi....serta kencing manis, seorang yg tidak sihat malah tidak berbahaya.... Dia ditahan dirumah tanpa waran dn di berkas lalu dibawa dari rumahnya petaling jaya ke johor untuk direman bagi teruskan siasatan.... Pegawai bernama Siva yg tak nak lepas org tua ni sbb dia memaksa siapa yg buat gambar tersebut... Bukti hanya ada dlm hp dan pak ya pulak ada bermacan2 group.... Mana org tua ni nak ingat.....Malangnya pak ya tak ingat dan hp pak ya telah di ambil oleh SKMM.... Pak ya di asak menjawab soalan tersebut malangnya Siva nie x nak lepaskan Pak Ya.... Kalau nk sgt mengampu ketua polis johor Wan Najmuddin dn wan nie pulak nak ngampu Zahid pun beragak lah.....dgn jadikan Pak Ya kambing hitam yg sakit utk burukkan Pee Emm dgn niat nak ganti jibby cepat adlh melampau...

Adakah saya akan ditangkap?

Lim-Lip-Eng
Oleh Lim Lip Eng
Adakah saya sepatutnya menyerah diri kepada pihak berkuasa kerana saya membuat komen dan berkongsi hal yang boleh mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pelbagai kumpulan aplikasi Whatsapp sejak beliau menjadi perdana menteri pada 2009?
Adakah saya akan ditahan jika saya belum memadamkan gambar atau komen di dalam telefon bimbit saya setelah penulis politik berusia 76 tahun, ‘Pak Ya’ yang pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka direman pihak polis selama tiga hari bermula semalam kerana didakwa menyebarkan gambar mengaibkan Najib dalam kumpulan Whatsapp?
Ramai menerima dan berkongsi dalam kumpulan Whatsapp mereka, satu klip video yang memaparkan aksi Fakkah Fuzz, seorang pelawak Singapura yang menggelar Najib sebagai ‘pencuri’. Adakah mereka juga perlu menyerah diri kepada polis?
Kenapa hanya Najib yang diberikan keistimewaan oleh pihak polis sedangkan tidak ada sesiapa pun yang ditahan meski ramai pernah mengaibkan Datuk Ahmad Maslan yang ketika itu timbalan menteri kewangan, pada hari pertama Ramadan tahun lalu berikutan gambar ‘Nasi Goreng Ahmad Maslan’ bebas GST olehnya?
Gambar pemimpin pembangkang lebih banyak dijadikan bahan suntingan namun mereka menerimanya sebagai sebahagian daripada kehidupan figura politik awam. Pihak polis sepatutnya sudah tidak lagi dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa demi menakut-nakutkan mereka yang berani melawan dan mengkritik kerajaan.
Dalam kes ini, Lau Weng San Adun DAP Kampung Tunku, Petaling Jaya di mana penulis veteran 76 tahun ini tinggal dan saya akan membantu warga emas tersebut apabila beliau dibebaskan dari lokap nanti, untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan tentang kemungkinan salah guna kuasa polis.
Amat memualkan apabila seorang warga emas terpaksa menjadi mangsa keadaan pada hari-hari terakhir Ramadan sedangkan masih ada banyak jenayah lain yang tidak ditangani pihak berkuasa.
Lim Lip Eng ialah ahli Parlimen Segambut.
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT

FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena