Wednesday, 31 August 2016

Ironi tugu banjir Kelantan, kenapa nampak macam kayu balak? Kita belum lupa lagi 'Tragedi Banjir Besar Kelantan'.

Khamis, 1 September 2016
Image result for Gambar tugu banjir kelantan

84 kilang proses kayu balak haram kaut jutaan ringgit di Kelantan?

balak 1
Jabatan Perhutanan Kelantan percaya ada 84 kilang Industri Hiliran di Gua Musang dan Kuala Krai terbabit memproses kayu balak haram membabitkan nilai berjuta-juta ringgit. - Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan

balak 2
Anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan Kelantan merampas kayu balak dan peralatan mesin di sebuah kilang di Gua Musang. – Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan
balak 3
Anggota penguatkuasa Jabatan Perhutanan Kelantan merampas kayu balak dan peralatan mesin di sebuah kilang di Gua Musang. – Foto Ihsan Jabatan Perhutanan Kelantan
therakyatpost.com


Ironi tugu banjir Kelantan, kenapa nampak macam kayu balak?



tugu

Kita belum lupa peristiwa banjir besar Kelantan. Tragedi banjir lumpur tersebut telah membuat seluruh negara bertungkus-lumus menghantar bantuan setelah mendengar khabar air bahnya itu naik sehingga pucuk pokok getah.
Kita belum lupa gambar-gambar yang dihantar dari Kuala Krai, Manek Urai dan Gua Musang. Kita tidak lupa pada gambar sebuah rumah kampung boleh dihanyutkan air lalu tersangkut di atas sebuah rumah lain. Selain rumah, kenderaan juga kelihatan bertebaran, dipukul arus lalu terbalik dan tersadai di merata-rata.
Kita belum lupa bagaimana di Dabong, kayu-kayu balak yang dihanyutkan arus deras mematahkan jambatan, dan memutuskan laluan keretapi. Kawasan sekitarnya pula bagai padang jarak, pokok-pokok tercabut akarnya, rumah-rumah roboh, dan penduduk hanya berlindung dari panas matahari dengan sehelai kanvas.
Kita belum lupa bagaimana di Kuala Krai, berbulan-bulan orang meninggalkan pakaian untuk mangsa-mangsa banjir, yang akhirnya menjadi masalah sampah bertimbun, menambah kepada sampah-sampah sedia ada, berupa perabot dan perkakas yang bersalut lumpur, setelah ditenggelami air sehingga ke atap rumah.
Kita belum lupa bagaimana di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, rumah-rumah hilang lantai, dan diisi selut dan lumpur berkaki-kaki tebalnya. Belum campur rumah yang tercabut dari tiang dan tercampak ke sungai, serta sekolah yang menjadi tempat berlindung penduduk setempat. Jenuh mereka memulihkan diri, setelah pisau menoreh getah dihanyutkan air lalu mereka hilang ikhtiar hidup.
Kita belum lupa bagaimana lori-lori balak masih lagi keluar masuk, di laluan Gua Musang, melintas di hadapan khemah-khemah mangsa banjir, menerbangkan debu selut lumpur yang dihirup rakyat Kelantan selama berbulan-bulan lamanya.
Kita juga belum lupa sumpah seranah penduduk Kelantan terhadap kerajaan negeri, yang tiada berdaya menguruskan tragedi itu, sehingga terpaksa meminjam khidmat ‘Menteri Besar Swasta’ Datuk Husam Musa, dengan gabungan-gabungan NGO yang membina semula rumah dan memindahkan perkampungan ke kawasan yang lebih selamat.
Kita belum lupa bagaimana pada waktu itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang terkepit-kepit menghayun kayu golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama nun jauh di Hawaii, sebelum bergegas pulang setelah air banjir surut.
Kita belum lupa semua ini, meski tragedi banjir Kelantan telah jauh berlalu dan debu lumpurnya sudah dibersihkan.
Kita belum lupa tragedi ini, yang disifatkan ramai pihak sebagai simbolisme penyucian Tuhan, sebelum Kerajaan Negeri pimpinan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri Wan Ismail Golok itu.
Kita belum lupa bagaimana kerajaan negeri kemudiannya dimaki hamun, setelah timbul gambar-gambar hutan dijarah khazanah balaknya, dan penguasa saling menuding jari menyalahkan sesama sendiri, dan kemudian bertindak menyalahkan DAP.
DAP juga belum lupa bagaimana bantuan yang ditawarkannya disambut dengan masam muka. Dituduh masuk ke rumah orang tidak melalui pintu, tetapi dari ruang tingkapnya. Usaha Impian Kelantan kemudian didakwa menjadi jarum si parti nyamuk yang mahu cuba merampas kuasa. Makanan dan minuman yang dibawa, ditinggalkan di tepi jalan, kerana bersumberkan DAP.
Kita belum lupa semua ini.
Maka kita tidak mengerti apa sebabnya perlu ada tugu untuk memperingati tragedi malapetaka banjir lumpur yang telah meragut nyawa dan harta benda rakyat Kelantan.
Kita tambah tidak mengerti kenapa tugu yang bentuknya hanya sekadar satu tiang dengan arca wau bulan itu memakan belanja RM60 ribu? Dan kenapa pula bentuknya begitu? Nampak macam kayu balak.
Sepatutnya bentuk yang sesuai dijadikan tugu ialah khemah kanvas, kereta hancur dan rumah terbalik, disusun elok-elok sebagai arca buat mengingatkan kita tentang berapa lama rakyat Kelantan terpaksa merana menghirup angin lumpur, dan berhujan panas tanpa tempat tinggal.
Sebenarnya Kelantan tak perlukan tugu untuk mengenang banjir besar tersebut. Cukuplah dengan merenung bendera PAS, maka kita akan terkenang malapetaka yang disangka penyucian sebelum laksana hudud itu. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena