Monday, 22 August 2016

[Video Hebat: Flashmob Tangkap M01] Kertas siasatan pelajar ceroboh UiTM Seri Iskandar siap.

Isnin, 22 Ogos 2016


ANGGOTA polis menahan penuntut universiti awam di UiTM Seri Iskandar. FOTO ihsan pembaca

Kertas siasatan pelajar ceroboh UiTM Seri Iskandar siap

Kertas siasatan berhubung kes tiga pelajar universiti awam dari luar Perak menceroboh kawasan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) di Seri Iskandar dekat Ipoh Sabtu lalu, telah siap.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kertas siasatan telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.
"Tiga pelajar lelaki yang berusia antara 22 dan 23 tahun itu dibebaskan
dengan jaminan polis pada pukul 1.45 tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.55 petang ketika sekumpulan orang
berkumpul di bahu jalan persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33, Jalan Ipoh-Lumut dengan membawa sepanduk serta melaungkan ucapan-ucapan provokasi.
Dua daripada tiga pelajar tersebut merupakan penuntut sebuah universiti di ibu negara manakala seorang lagi dari universiti di Sabah.
Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena