Tuesday 11 October 2016

[Video] Jamal ke luar negara...Polis kini sedang menunggu kepulangannya.

Selasa, 11 Oktober 2016


STATEMENT dari Noh Udang yg berotak Udang... tak tahu siapa bodoh, rakyat atau dia...??

Jamal di luar negara, polis sedia maklum - peguam

Penasihat Undang-undang kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos mengesahkan pihak polis kini sedang menunggu kepulangan Ketua Gerakan Baju Merah itu dari luar negara untuk direkod kenyataannya.
Bagaimanapun, peguam Mohd Imran Tamrin berkata tindakan itu hanyalah untuk membantu siasatan dan polis sedia maklum keberadaan Jamal.
"Polis ingin rekod kenyataan Jamal untuk membantu siasatan saja dan sekarang beliau ada urusan dan tugas yang lain. Jadi, kita telah maklumkan kepada polis dan polis faham serta kita akan beri kerjasama sepenuhnya," kata Imran kepada pemberita.
Imran berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Datuk Abdul Samah Mat yang dilaporkan sedang melakukan siasatan terhadap Jamal ekoran kekecohan ketika konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam Sabtu lalu.
Sementara itu, mengulas surat saman Pengerusi Bersih 5, Maria Chin Abdullah beliau berkata sehingga hari ini pihaknya belum menerima saman tersebut.
"Sehingga hari ini kami belum menerima surat saman dari Maria Chin," kata Mohd Imran.
Sementara itu, Jamal dalam pesanan ringkas kepada Malaysiakinimemaklumkan akan pulang ke ibu negara esok.
"Esok (saya akan balik Malaysia), saya ada urusan perniagaan (di luar negara)," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena