Tuesday 11 October 2016

[Video] Hu, hu, huuu! SamsengUmno salah 'Sentuh'? Ali Tinju dedah wajah sebenar Jamal yang mengepalai Kumpulan Baju Merah

Selasa, 11 Oktober 2016




Otai BERSIH telah menambah 3 foto baru
18 jam
#SamsengUmno salah "Sentuh"...
Red T-shirt have no connection with UMNO?
Kadam tua nak mampos klu di pangil begini...

'Ini bukan cubaan, ini betul-betul!'

"Bukan cubaan, tapi betul-betul!" kata Kusaini Kassim, lelaki berbaju kuning mangsa tendangan terbang penyokong baju merah di Sabak Bernam pada Sabtu lalu.
Bercakap kepada Malaysiakini Kusaini berkata tidak ada alasan untuknya berlakon diserang kumpulan baju merah pada perarakan konvoi BERSIH 5 untuk cuba memprovokasi keadaan ketika itu.
"Nak berlakon macam mana? Saya memang nak balik dan saya memang kena lalu jalan tersebut.
"Ini bukan cubaan, ini betul-betul," katanya seolah-olah mengulangi dialog popular dalam filem komedi allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pendekat Bujang Lapok.
Polis beri penjelasan
Antara yang disebarkan ialah gambar Kusaini bergaya dengan pakaian seragam seperti pasukan keselamatan bersama motosikal.
Dia juga dikaitkan dengan sebuah pertubuhan Melayu yang dikenali ramai.
Mengulas perkara itu, Kusaini menafikan dia berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan, sebaliknya mengenakan pakaian itu atas dasar "suka-suka".
"Bukan, itu (gambar pakaian seragam seperti polis) ada kawan ajak bergambar pakai baju dia, dan dia pun ada cakap jangan buat macam-macam dengan gambar tersebut. Saya saja nak berlagak (action)," kata Kusaini.
Selain itu, Kusaini juga mengesahkan beliau ada menyertai salah satu pertubuhan di negara ini tetapi bukan melibatkan baju merah.
"Saya ada masuk persatuan tapi ia bukan yang berkaitan dengan baju merah," kata Kusaini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa berkata lelaki terbabit bukan salah seorang anggota polis seperti disebarkan di Internet.
Katanya polis menerima laporan polis daripada lelaki terbabit pada 8 Oktober lalu yang mengadu ditendang dan dipukul penyokong baju merah ketika melalui persimpangan lambu isyarat Jalan Sepintas.
"Beliau merupakan seorang kakitangan di sebuah agensi kerajaan yang bertugas sebagai pembantu am rendah, bukannya seorang anggota PDRM seperti telah diviralkan," katanya.
Nor Azmi juga memberitahu polis akan menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai insiden berkenaan.
"Perbuatan tersebut sengaja dilakukan untuk memburuk-burukkan imej PDRM," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena