Tuesday, 4 July 2017

[Video Pemimpin Umno Melatah! Pendedahan Ledakan Bom DOJ & Scandal 1MDB Najib] Rakyat Tidak Merasa Pun Kejayaan Ekonomi yang DIJAJA Najib! "Dia selalu bodoh2kan rakyat yg rela d bodoh mcm macai umno n sekutunya...buta mata n hati".

Rabu, 5 Julai 2017

Foto Rafizi Ramli.

MENJAWAB NAJIB RAZAK: RAKYAT TIDAK MERASA KEJAYAAN EKONOMI YANG DIJAJA PERDANA MENTERI

Semalam, saya menulis satu rencana membentangkan fakta-fakta yang membuktikan nilai Ringgit telah jatuh teruk sejak Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan dan prestasi Ringgit berbanding matawang serantau lain adalah yang paling corot. Saya juga mengingatkan rakyat bahawa lemahnya nilai Ringgit adalah salah satu punca utama kenaikan harga barang kerana kita masih bergantung kepada import untuk barangan utama termasuklah makanan.

Pada hari yang sama selepas itu, Dato’ Seri Najib memuatnaik kemaskini terbaru di blog beliau menyenaraikan kejayaan-kejayaan ekonomi yang telah dicapai oleh pentadbiran beliau sejak setengah tahun lalu. Nukilan blog beliau itu boleh dibaca dihttps://www.najibrazak.com/bm/blog/kejayaan-malaysia-di-pertengahan-tahun/

Dato’ Seri Najib mengambil kesempatan mengkritik orang-orang seperti saya yang sering mempersoalkan prestasi pentadbiran ekonomi beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kata beliau (di dalam blog itu):

Tetapi malangnya, walaupun ekonomi Malaysia menerima pengiktirafan badan penarafan antarabangsa, keyakinan pelabur luar, ada “pakar ekonomi” pembangkang yang masih beria-ia memburukkan ekonomi negara hanya untuk kepentingan politik peribadi.

Hakikatnya, meskipun pihak pembangkang tidak habis-habis menyebarkan fitnah dan khabar angin keburukan negara dan keadaan ekonomi Malaysia, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus mengusahakan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia, dan dalam hal ini bermakna kita akan terus mengalu-alukan pelaburan asing selagi mana ia memberi tambah nilai kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat.

Walaupun berdepan dengan pelbagai skandal dan krisis keyakinan, Dato’ Seri Najib tahu bahawa cabaran sebenar beliau ialah mengatasi kesusahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang, kenaikan gaji yang rendah serta kebanjiran pekerja asing yang menyempitkan lagi peluang pekerjaan.

Beliau tahu golongan pengundi atas pagar tidak begitu terpengaruh dengan skandal kewangan 1MDB atau tindakan undang-undang Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung penyelewengan 1MDB. Sebaliknya, golongan pengundi atas pagar yang bakal menentukan keputusan PRU14 lebih cenderong mengikuti isu GST, kenaikan harga barang, bagaimana menaikkan gaji dan kebimbangan mengenai pekerja asing.

Sebab itu Dato’ Seri Najib cukup sensitif apabila prestasi ekonomi negara semasa pentadbiran beliau dipersoalkan. Beliau tahu jika rakyat tidak yakin beliau boleh membaiki kedudukan ekonomi, beliau akan kalah PRU14 nanti.

Lalu di dalam blog terkini, beliau menyenaraikan kesemua (kononnya) kejayaan ekonomi yang telah dicapai: pertumbuhan ekonomi yang makin rancak, nilai Ringgit yang makin mengukuh, pelaburan asing yang tinggi, projek mega seperti MRT, Jaringan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Keretapi Laju KL-Singapura (HSRL) dan lain-lain.

Malangnya, semua angka-angka besar (selalu dirujuk sebagai “headline economic data”) yang sering dijaja oleh Dato’ Seri Najib kebelakangan ini tidak diterjemahkan kepada peningkatan mutu hidup rakyat. Lebih ringkasnya, rakyat tidak merasa pun kejayaan-kejayaan ekonomi yang diwar-warkan itu kerana ia tertumpu di kalangan beberapa kelompok sahaja.

Ukuran sebenar peningkatan mutu ekonomi rakyat dilihat dari 3 perkara besar: berapa gaji yang diperolehi dan peningkatan gaji, berapa kos menyara keluarga yang perlu ditanggung (kedua-dua ini boleh diukur dari “pendapatan boleh belanja” atau disposable income) dan berapa banyak peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kelulusan mereka.

Kejayaan-kejayaan ekonomi yang dijaja oleh Dato’ Seri Najib itu dilihat menguntungkan golongan tertentu sahaja: projek-projek besar yang disebut rata-ratanya menggunakan pekerja asing dan kepakaran asing, pertumbuhan ekonomi yang dibanggakan tidak pula diterjemahkan kepada gaji yang lebih tinggi kepada rakyat dan nilai Ringgit yang mengukuh tidak pun menurunkan harga barang.

Saya berani menyebut semua perkara ini kerana INVOKE sedang menyiapkan dua kajiselidik besar mengenai sentimen rakyat terhadap prestasi ekonomi di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib. Setakat ini kami sudah menyiapkan 50% dari kajiselidik dan dijangka akan dapat dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh sebulan.

Dapatan kajiselidik sentimen rakyat setakat ini dengan jelas menunjukkan tahap ketidakpuasan hati terhadap keadaan ekonomi yang sangat tinggi dan bertentangan dengan “berita-berita kejayaan ekonomi” yang cuba diwar-warkan Dato’ Seri Najib.

Saya yakin apabila keputusan kajiselidik itu diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi, Dato’ Seri Najib perlu mengambil kira sama ada beliau berani memanggil PRU14 dalam tahun ini ketika rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran ekonomi beliau.

Kepada Pakatan Harapan pula: masanya sudah tiba untuk mengimbangi tumpuan yang (kadang-kadang) terlampau ke atas isu 1MDB dan mula memberi tumpuan yang sewajarnya kepada cara-cara membantu rakyat.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Keriy Rin Dia selalu bodoh2 rakyat yg rela d bodoh mcm umno..buta mata n hati xblh tngok sara hidup yg tinggi lps njib jadi pm..bila nk sdr pun xtau..duit 50 xada nilai pun .hingga thailand pun xmau duit kita bila beli kena tukar duit thailand ..sbb xada nilai ..d mana economy malaysia bgs????semua naik sana sini gst ..suruh rakyat berjimat tp dia bercuti sana sini..bila nk sedar xtau..

Thomas Wong
Thomas Wong Dia lupa, petrol naik, tambang public transport naik, tol naik, harga keperluan naik, income tax kena bayar, road tax kena bayar, gst kena bayar, dia punya hutang pun rakyat bayar. Apa beza ada dia dan x ada dia?

Abi Bakrin Mahmud
Abi Bakrin Mahmud kenapa pm sanggup cari alasan2 yg tdk menasabah! sdgkan rakyat hidup dlm kesusahan, harga brg2 keperluan naik mencanak, ditambah dgn cukai2, kenaikan tol, petrol dan lain2 lagi! rakyat hidup dlm kegelisahan siang bekerja dan mlm memikirkan brg keperluan untuk keluarga, ada yg terpaksa bekerja partime untuk menampung kehidupan berkeluarga! begitu juga sibujang memikirkan duit sewa rumah yg tinggi, minyak moto, makan dan lain2 lagi! fikir2kan lah wahai Najib PM Malaysia...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena