Friday 16 February 2018

[Video NFC Gagal, Rafizi Kena Masuk Jail] Ramai pesara tentera masih bergelut untuk hidup.

Sabtu, 17 Februari 2018

Ramai pesara tentera masih bergelut untuk hidup

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigedier Jeneral (B) Mohamed Arshad Raji (kanan) berkata kerajaan perlu memperuntukkan 10% peluang pekerjaan dalam GLC kepada pesara tentera berumur 60 tahun ke bawah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2018.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigedier Jeneral (B) Mohamed Arshad Raji (kanan) berkata kerajaan perlu memperuntukkan 10% peluang pekerjaan dalam GLC kepada pesara tentera berumur 60 tahun ke bawah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Februari, 2018.

KEHIDUPAN sebagai orang awam bukanlah apa yang diinginkan oleh pesara tentera, selepas sekian lama setia berkhidmat kepada negara. 
Beberapa anggota veteran tentera yang ditemui The Malaysian Insight berkata, wang pencen yang diterima mereka tidak mencukupi dan mereka perlu lakukan beberapa kerja untuk memenuhi keperluan hidup walaupun telah lama berkhidmat dalam tentera. 
Mereka mendakwa kerajaan gagal memberi perhatian kepada mereka selepas mereka bersara. 
Thor Kong Beng bersara daripada tentera sebagai mejar pada 1996 selepas 21 tahun berkhidmat. Beliau berusia 39 tahun ketika itu. 
Beliau kemudiannya bekerja di sebuah syarikat swasta namun bersara selepas mencapai umur 55 tahun. 
"Saya bekerja di bahagian logistik, menjadi pengawal keselamatan dan pemandu Grab. Saya berhenti sebagai pemandu Grab kerana ia mengambil terlalu banyak masa saya dan hasilnya tidak seberapa," kata Thor yang terpaksa menanggung kos rawatan ibunya. 
Beliau menerima RM1,800 sebulan daripada pencen, namun kos sara hidup yang meningkat menyebabkan ia tidak mencukupi.
"Isteri saya bekerja sebagai guru tadika. Umurnya 57 tahun. Jika dia tidak bekerja pastinya sukar untuk kami membayar bil," katanya yang kini berusia 61 tahun. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya. 
Katanya, beliau berharap kerajaan dapat menyediakan lebih banyak bantuan kepada golongan pesara tentera. 
"Saya berkhidmat untuk negara, jadi saya harapkan penghargaan sewajarnya," katanya dan menambah beliau berkhidmat dalam keadaan sukar di dalam hutan sepanjang masa. 
"Kebanyakan pesara tentera tiada pekerjaan, dan mereka (syarikat GLC) boleh mengambil golongan ini, dan mereka (pesara tentera) masih boleh berkhidmat untuk negara," tambahnya. 
Baru-baru ini, presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Brigedier Jeneral (B) Mohamed Arshad Raji berkata kerajaan perlu memperuntukkan 10% peluang pekerjaan dalam GLC kepada pesara tentera berumur 60 tahun ke bawah.

Katanya, inisiatif itu membolehkan veteran tentera mendapat kehidupan yang lebih baik selepas persaraan.
Seorang lagi veteran, Amir Hassan Mohamad Kasim, 61, berkata beliau tidak tahu kepada siapa untuk mengadu selepas bersara sebagai kapten.  
Amir kemudiannya menjadi pemandu teksi, memandu lori sampah dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Saya perlu sara empat anak yang masih bersekolah, jadi saya lakukan pelbaga pekerjaan. Mereka kini sudah berkahwin dan ada keluarga masing-masing," katanya. 
Beliau bersara pada umur 35 tahun selepas berkhidmat dalam tentera selama 16 tahun. 
Amir bagaimanapun tidak layak mendapat pencen kerana tidak berkhidmat dalam tempoh 21 tahun sebagaimana yang diperlukan. 
"Nasib baik saya ada kawan yang memahami situasi saya dan memberikan bantuan."
Shahawarudin Ismail, 75, berkata pencen yang diterima selepas bersara daripada tentera tidak cukup walaupun gaji ketika masih berkhidmat lebih rendah daripada sekarang. 
Beliau menjadi pemandu lori ketika bersara pada umur 40 tahun pada 1983 selepas berkhidmat selama 22 tahun.
"Ramai pesara tentera tidak mendapat pekerjaan tetap, walaupun mereka bersara awal. Saya sangat kecewa. 
"Pegawai berpangkat sarjan kini boleh mendapat gaji sekurang-kurangnya RM3,000, jadi pencen mereka lebih tinggi. Gaji saya lebih rendah daripada itu. Terdapat kenaikan 2% kepada mereka yang bersara namun ia tidak mencukupi," katanya dan meambah tidak adil untuk kerajaan meninggalkan golongan veteran untuk bergantung kepada diri sendiri. 
Pengarah perhubungan awam Patriot, Kapten (B) Dr Wong Ang Peng berkata kumpulan itu berharap untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan golongan veteran mendapat pekerjaan dalam GLC kerana mereka berjuang untuk memenuhi keperluan hidup. 
"Apabila kamu bercakap mengenai pegawai bersara yang hidup susah, lebih ramai lagi yang bergelut untuk hidup. Bekas polis juga. 
"Ada di antara mereka bersara di bawah umur 45 tahun, mereka perlu diberikan pekerjaan."
Wong menyertai tentera pada tahun 1975 dan bersara pada tahun 1986. 
Tambahnya, sesetengah veteran bergantung sepenuhnya kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi masih tidak cukup untuk mereka. 
"Kami (Patriot) tahu (kesukaran) kerana kami bersama mereka. Kami sentiasa mendengar rintihan dan aduan mereka, sebab itu kami suarakan untuk mereka," tambahnya. – 16 Februari, 2018. 
TMI.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena