Tuesday, 6 February 2018

[Video Sidang Media Majlis Presiden PH & Parlimen Mesti Dipulihkan] Institusi Parlimen akan direformasikan jika PH memerintah.

Selasa, 6 Februari 2018

Institusi Parlimen akan direformasikan jika PH memerintah

Institusi Parlimen akan direformasikan jika PH  memerintah

Pakatan Harapan (PH) akan melaksanakan reformasi untuk mengukuhkan institusi Parlimen sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum akan datang.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, reformasi terhadap institusi Parlimen itu kelak akan meliputi pelantikan semua jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan  dan badan berkanun  akan ditentukan oleh semua ahli parlimen bukan lagi dibawah kuasa seorang perdana menteri.
“Ramai yang khuatir sama ada Pakatan Harapan boleh buat perubahan atau tidak dalam kerajaan dan pentadbiran negara bila kami ambil alih kelak.
“Parlimen tidak diberikan peranan yang sepatutnya kerana salah guna kuasa oleh seorang perdana menteri.
“Apabila parlimen tidak diberikan peranan yang sepatutnya mengikut perundangan.
“Kita mahu parti yang kalah di dalam Parlimen mereka boleh memainkan peranan umpamanya untuk bersama memilih calon yang akan dipilih bagi jawatan tertinggi dalam kerajaan seperti Ketua Polis Negara, badan Kehakiman, Perkhidmatan Awam, SPRM tidak lagi hanya kepada kuasa seorang perdana menteri.
“Apa yang berlaku hari ini semua bergantung kepada Perdana Menteri yang akan melaporkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan. Malah YDP Agong hanya mendengar penjelasan perdana menteri.
“Kita akan tukar setiap calon yang akan memegang jawatan penting dalam kerajaan boleh disoal (beri pandangan) oleh semua ahli parlimen.
“Ini termasuk jawatan perdana menteri kita akan kekalkan  untuk dua tahun sahaja,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan PH yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Ini membawa maksud sekiranya PH memerintah sebuah jawatankuasa parlimen akan ditubuhkan bagi menangani permasalah utama negara.
PH berpandangan Parlimen merupakan antara tunjang utama demokrasi justeru ia akan diperkukuhkan sebagai sebuah institusi untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam proses semak dan imbang terhadap pihak eksekutif.
Antara reformasi akan dilaksanakan seperti Pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dilantik dari kalangan pihak pembangkang.
Pelantikan utama suruhanjaya serta badan berkanun seperti Suhakam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mestilah melalui jawatanakuasa Parlimen yang berkenaan untuk saringan dan calon lantikan juga akan diundi di Parlimen dan bukannya lagi dipilih oleh seorang Perdana Menteri.
Ditanya  mengenai kenapa baharu kini Dr Mahathir mahu memikirkan reformasikan institusi Parlimen berbanding ketika di zaman beliau menjadi perdana menteri 22 tahun, Dr Mahathir menjelaskan, ketika beliau memimpin negara ini tidak berlaku sebarang salah guna kuasa terhadap parlimen Malaysia.
“Pada masa itu saya tidak menipu..saya bukan macam Najib, Saya mengikut undang-undang. Najib lain… saya dulu  tak curi duit bahkan saya bagi balik semua hadiah yang saya terima, Saya tidak ambil…Najib bagi balik apa?” soalnya.
Malaysia Dateline.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena