Saturday 12 May 2018

Faizal Azumu Menteri Besar Perak ke-12.

Sabtu, 12 Mei 2018

Faizal Azumu Menteri Besar Perak ke-12

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan watikah perlantikan Menteri Besar Perak kepada Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

KUALA KANGSAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu, dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12

Pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak berusia 48 tahun itu diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Iskandariah di sini, hari ini.


Turut berkenan hadir, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Raja Muda, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris serta Raja Puan Muda, Tuanku Soraya Sultan Abdul Halim, turut berkenan hadir.
Yang turut hadir, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Ahmad Faizal mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cator Avenue dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Kajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth, Australia.
Beliau pernah menjadi Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah dan sebelum itu pernah menjadi Pegawai Khas Menteri Kesihatan dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bertanding pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan memenangi DUN Chenderiang dengan majoriti 39 undi dalam pertembungan tiga penjuru.
Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 5,320 undi juga dalam pertembungan tiga penjuru.
Dalam PRU-14, PH dipimpin Ahmad Faizal berjaya memenangi 29 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang memenangi 27 kerusi dan PAS (tiga kerusi).
PH berjaya membentuk kerajaan negeri Perak menerusi majoriti mudah 31 kerusi selepas dua ADUN BN menyertai pakatan berkenaan.
BH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena