Tumpang sekole.
ni sebabnya mengapa Dr Mahathir pilih Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan
Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat berdasarkan rekod cemerlang bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengurus pentadbiran negeri.
Dr Mahathir berkata, walaupun Pulau Pinang ketika itu merupakan negeri yang ditadbir pembangkang, Guan Eng berjaya menguruskan kerajaan dengan baik dan cemerlang.
Beliau menegaskan, apabila pentadbiran negeri itu diambil alih oleh daripada kerajaan Gerakan-Barisan Nasional (BN), kedudukan kewangan Pulau Pinang bertambah baik walaupun tidak bergantung dengan Kerajaan Persekutuan.
“Seperti yang diketahui, apabila DAP mengambil alih Pulau Pinang, mereka berjaya menguruskan kewangan lebih baik berbanding kerajaan terdahulu (Barisan Nasional). Mereka pula tidak boleh bergantung kepada Kerajaan Persekutuan kerana bergelar parti pembangkang ketika itu.
“Namun, kita lihat mereka mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik. Justeru, kita memerlukan individu yang berkualiti, bukan hanya ahli parti, Melayu, Cina atau India.
“Saya mahu lantik seseorang yang memahami kewangan dan berjaya membuktikan kemampuannya. Itulah sebab saya bawa Guan Eng masuk,” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama akhbar The Edge Weekly.
Dr Mahathir turut mengulas propaganda pihak tertentu yang mengecam pelantikan Guan Eng memandangkan beliau bukan seorang Melayu.
Tegasnya, seseorang individu itu tidak sepatutnya dihakimi berdasarkan kaum sebaliknya perlu dilihat dari sudut pengetahuan dan kualiti yang dimiliki.
“Pemilihan kaum tidak menjanjikan kewibawaan bagi sesebuah jawatan.
“Kita ada orang Melayu. Sudah tentu orang Melayu menginginkan Melayu (sebagai Menteri Kewangan) tetapi kita pernah melantik seorang Melayu sebagai Menteri Kewangan dan dia sudah kehilangan sejumlah besar wang. Dia juga Perdana Menteri,” katanya lagi. – Roketkini.com
Foto: Kementerian Kewangan Malaysia
0 comments:
Post a Comment