Wednesday, 23 May 2018

[Video TPM-Nak tukar nama? PERMATA 'Merah Jambu'] Najib guna wang Khazanah untuk bayar hutang 1MDB.

Khamis, 24 Mei 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Permata merah jambu
Kes Rantai Berlian Merah Jambu Rosmah , Peguam Tarik Diri - Semasa - CARI Infonet
Hasil carian imej untuk Gambar Permata merah jambu

Najib guna wang Khazanah untuk bayar hutang 1MDB - sumber


Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang yang diperolehi daripada perjanjian dengan Khazanah Nasional Berhad untuk membayar beberapa liabiliti milik 1MDB, kata dua sumber kepada Reuters.
Khazanah membayar kerajaan RM1.2 bilion pada pertengahan 2017 sebagai pertukaran untuk saham boleh tebus yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan, kata sumber itu sambil menambah bahawa dana itu kemudian digunakan untuk membayar beberapa hutang 1MDB kepada IPIC Abu Dhabi.
1MDB bersetuju untuk membayar RM1.2 bilion kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dicapai pada April 2017 selepas 1MDB memungkiri jaminan bonnya.
Kementerian Kewangan tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen.
Khazanah memberitahu Reuters dalam satu e-mel bahawa kementerian itu melaksanakan haknya pada Ogos 2017 untuk menebus Redeemable Convertible Cumulative Preference Shares yang berjumlah RM1.2 bilion, yang dikeluarkan kepada kementerian pada tahun 2011.
Walau bagaimanapun, ia tidak memberi komen sama ada dana itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Kerajaan Najib juga menggunakan kira-kira AS$500 juta yang diperolehi menerusi perjanjian penjualan tanah dengan bank negara untuk membayar beberapa liabiliti 1MDB kepada IPIC, lapor Reuters sebelum ini.
- Reuters
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena