Eddy Casmady, nama baru paling popular hari ini.
Nama bekas petugas Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lepas, Mohd Eddy Casmady menjadi paling popular hari ini apabila beliau dilihat bersama tokoh-tokoh besar Pakatan Harapan.
Mula-mula gambar dia dilihat berada di dapur rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Anwar sendiri.
Beliau juga dilihat berpelukan dengan Menteri Besar Perak, Faizal Azumu.
Ekoran itu, pelbagai kesah latar belakang beliau yang menjadi juru kempen BN sepanjang PRU 14 lalu disebarkan oleh para pengguna media sosial.
Turut menulis mengenainya adalah Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Aljundi dalam facebooknya.
Menurut Athirah, semasa kempen PRU14 lagi beliau telah mula terkesan dengan kehadiran watak baru dalam Pemuda Umno BN, Mohd Eddy Casmady yang mungkin sedang berusaha menempah nama sebagai hero.
“Minggu lepas saya sudah mengusulkan agar video kempennya yang berunsur propaganda jahat perkauman dan bermain sentimen agama disiasat dan jika perlu diambil tindakan.
“Tiba-tiba hari ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan bagaimana “hero propaganda” ini sudah mula berjinak-jinak merapati PH dan laluannya adalah DSAI,” tulis aktivis Wanita AMANAH itu.
Ekoran itu, sekali lagi, beliau telah majukan perkara ke perhatian beberapa pihak dan individu berkaitan.
“Plot fitnah liwat atau sewaktu dengannya tidak boleh lagi dibiarkan mendapat ruang bagi mengambil tempat dalam cerita politik yang senjang.
“Ini tanggungjawab kita semua untuk ingat dan beringat,” tulis beliau lagi.
Athirah dipercayai mengimbau kembali bagaimana pembantu Anwar, Saiful Bukhari menjadi pemusnah hidup Anwar sehingga beliau terpenjara sebelum ini.
Pelbagai video dan gambar Eddy berkempen untuk BN dalam PRU 14 lalu disiarkan oleh pengguna media sosial hari ini termasuklah video menjadi pengacara menyerang PKR sendiri.
MD.
0 comments:
Post a Comment