Sunday, 13 May 2018

[Video Anda Kenal Mat Sabu Sebagai Menteri Pertahanan? Bang Mat Masak Sendiri Untuk Jamu Tetamunya, PM sekarang] Pensyarah 'terkucil' terima 'renungan maut' Dr M letak jawatan.

Isnin, 14 Mei 2018



Pensyarah 'terkucil' terima 'renungan maut' Dr M letak jawatan


Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff yang tular di media sosial susulan forum yang membincangkan usia Tun Dr Mahathir Mohamad dan kelayakannya menjadi perdana menteri sebelum ini, telah meletakkan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN).
Dalam forum anjuran Sinar Harian itu, Kamarul dikatakan 'terkucil' selepas Dr Mahathir yang belum menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh ketika itu hadir mengejut dan memberi 'renungan maut' kepadanya selepas selesai forum.
"Tidak saya nafikan walau ke mana pun saya pergi selalunya saya akan ditegur oleh mereka yang saya tidak kenali di atas sifat saya selaku ahli akademik yang (kononnya) terkucil di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Kamarul juga mengaku bahawa namanya sering dikaitkan sebagai pengkritik Pakatan Harapan, gabungan parti yang kini menjadi kerajaan menggantikan 61 tahun pemerintahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
"Seperti saya sebutkan sebelum ini, saya tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam membuat komen malah tidak bimbang pun dengan sebarang tindakan yang mungkin akan dikenakan ke atas saya oleh mana-mana pihak kerana rezeki adalah milik Allah.
"Malah, untuk memudahkan urusan semua pihak, saya dengan sukarela mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), UUM, berkuatkuasa pada hari pertama pejabat dibuka selepas PRU 14, iaitu 14 Mei 2018," katanya pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Tambah Kamarul, pandangan kritikalnya terhadap Dr Mahathir juga menyebabkan ramai warga UUM tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas.
"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua warga UUM yang tidak selesa kerana beranggapan nama UUM dan nama mereka turut terjejas dengan tindakan saya yang kritikal terhadap Dr Mahathir dan HARAPAN.
"Perlu saya tegaskan bahawa kesemua tindakan saya tersebut, apatah lagi segala tulisan saya dalam Facebook saya, adalah dibuat di atas kapasiti peribadi saya dan tidak melibatkan mana-mana pihak di dalam UUM," katanya.
Kamarul juga menafikan dakwaan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kaji selidik ke atas isu politik negara, selain menegaskan pernah beberapa kali mengkritik kerajaan BN.
Pada forum Sinar Harian pada 22 Mac lalu, Kamarul berhujah bahawa Dr mahathir tidak layak menjadi perdana menteri.
Kemunculan mengejut Dr Mahathir di forum itu dan duduk di kerusi barisan depan menyebabkan Kamarul kelihatan kekok. Dalam sesi bergambar Dr Mahathir dilihat memberi 'renungan maut' kepada Kamarul yang dilihat tertunduk.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena