Jamal Sepi Selepas UMNO Gagal PRU14
Nak tangkap perompak mesti ada bulan tertentu ke?
Lim Kit Siang tolak jawatan jadi menteri
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang bukan sahaja membuktikan beliau tidak menjadi Perdana Menteri seperti didakwa propaganda UMNO-BN selama ini malah menolak untuk menjadi menteri kabinet.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memberi jaminan beliau akan terus menggesa agar wujudnya pembaharuan untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program penghargaan kepada pengundi di Skudai hari ini lapor China Press.
Menurutnya, DAP sudah mempunyai bakat kepimpinan yang cukup dalam senarai kabinet yang baru dan hasratnya untuk tidak menjadi menteri telah dimaklumkan. –Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment