Sunday 13 May 2018

[Video Pulau Pinang dapat Ketua Menteri baru & Salam Harapan Daripada Ketua Menteri MELAKA] Majlis Penasihat akan bermesyuarat setiap hari selama 100 hari – Tun Daim.

Ahad, 13 Mei 2018


Foto Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selepas rakyat bergembira dengan kemenangan Pakatan Harapan, sekali lagi kita bergembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim.
Insyallah, masa depan Malaysia bakal kembali gemilang

Majlis Penasihat akan bermesyuarat setiap hari selama 100 hari – Tun Daim

Majlis Penasihat akan bermesyuarat setiap hari selama 100 hari – Tun Daim
Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan menegaskan bahawa mereka serius dalam melaksanakan tugas dan tidak membuang masa apabila mengadakan mesyuarat pertama sejurus pengumuman penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak wujud tempoh rehat atau kegembiraan berpanjangan selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 berikutan kerajaan berazam untuk memulihkan semula keyakinan rakyat dan pelabur susulan kemenangan yang tidak dijangka oleh Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lepas.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang berlanjutan sehingga lewat malam, turut dihadiri oleh tiga anggota lain majlis itu iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, dan Ahli Ekonomi Profesor Jomo Kwame Sundaram.
Tokoh perniagaan Robert Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.
Bercakap kepada Bernama selepas mesyuarat tersebut, Daim berkata majlis itu diberi taklimat dan membincangkan antara lainnya mengenai keadaan ekonomi semasa, hutang negara, ringgit, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi minyak.
“Ini antara perkara utama. Kami membuat cadangan kepada kerajaan, dan mereka akan membuat keputusan,” katanya.
Daim berkata majlis itu akan memanggil UKAS (Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri), kementerian yang berkaitan dan GLC untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai pelbagai projek mega, dan tadbir urus GLC termasuk Tabung Haji, MARA dan Felda.
“Bagi 1MDB akan terdapat pasukan petugas khas. Saya telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu siasatan ke atas 1MDB. Ia akan berada di bawah bidang kuasa majlis yang akan mengemukakan laporan kepada kerajaan,” kata Daim.
Daim berkata satu lagi isu penting yang perlu ditangani dengan cepat ialah lebihan penawaran ruang pejabat dan perumahan.
“Satu lagi contoh ialah kos keselamatan bagi sekolah. Ia lebih berharga daripada aset yang mereka awasi,” katanya.
Sementara itu, Daim berkata mesyuarat itu akan diadakan setiap hari selama 100 hari, dan malah pada hari tertentu, ia akan diadakan beberapa kali sehari.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dalam masa 100 hari. Selepas itu, saya mahu berehat,” katanya sambil berseloroh.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena