Sunday 13 May 2018

[Video SPRM dikawal ketat] Zunar bebas ke luar negara mulai hari ini.

Isnin, 14 mei 2018

Zunar bebas ke luar negara mulai hari ini

Zunar bebas ke luar negara mulai hari ini
Kartunis kontroversi, Zunar yang dilarang keluar negara oleh kerajaan sebelum ini, boleh berbuat demikian mulai hari ini selepas semakan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia tertera status “tiada halangan” bagi maklumat dirinya.
“Akhirnya, hari ini 14 Mei 2018, ‘travel ban’ yang dikenakan ke atas saya oleh Najib/Rosmah dicabut. Dalam masa yang sama Najib/Rosmah pula kena ‘travel ban’,” katanya merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque sebelum ini dilarang keluar negara selepas mengadakan pameran kartun di Geneva yang dirasmi oleh bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.
Januari lalu, beliau yang gagal mendapatkan pembatalan larangan keluar negara di Mahkamah Tinggi sedang mencuba mencabar kesahan undang-undang imigresen di Mahkamah Persekutuan.
Selain larangan keluar negara, beliau juga berdepan 9 tuduhan hasutan kerana didakwa menghina badan kehakiman atas kes liwat ke-2 melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilapor FMT hari ini.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena