Saturday 12 May 2018

[Video Status rahsia laporan 1MDB bakal gugur & AG boleh didakwa kerana lindungi pesalah] Munculnya Kerajaan PERPADUANG di Perak? PBRS tinggalkan BN sertai PH & Tun M bertemu Taib Mahmud, PBB juga sertai PH?

Ahad, 13 Mei 2018

AG boleh didakwa kerana lindungi pesalah



Amanah tiada pertemuan dengan Pas Perak
Kerajaan Perpaduang

Amanah tiada pertemuan dengan Pas Perak

Di saat rundingan Pas dan Umno-BN bagi membentuk kerajaan negeri rancak diperkatakan, AMANAH Negeri Perak menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya parti itu juga terlibat dalam rundingan dengan Pas.
Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam (foto) berkata, AMANAH negeri tetap teguh memegang prinsip kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) dan tidak akan mengkhianati amanah rakyat.
“Parti Amanah Negara Negeri Perak dengan ini menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan bahawa AMANAH Perak berunding atau bertemu dengan Pas tentang penubuhan kerajaan negeri Perak.
“AMANAH Perak tetap istiqamah dengan prinsip mengutamakan kepentingan rakyat daripada meraih laba politik jangka pendek. AMANAH Perak sekali-sekali tidak akan berkompromi dengan parti ‘kleptocracy’,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Pas Perak mengadakan pertemuan dengan BN negeri di Ipoh malam tadi.

PBRS akan tinggalkan BN sertai PH

PBRS akan tinggalkan BN sertai PH
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjadi parti tempatan ketiga yang meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu membuat keputusan untuk meninggalkan BN pada masa yang sama dengan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) semalam tapi hanya mengumumkan perkara ini selepas mendapat lampu hijau dari majlis tertinggi.
“Kami meninggalkan BN kerana jika kami kekal dalam gabungan itu, kami tidak dapar berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik mungkin.
“Kami sudah memohon untuk menjadi ahli Pakatan Harapan. Dengan menyertai PH, kami boleh beri apa yang kami janjikan kepada rakyat,” kata Kurup.
Selain Upko dan PBRS, Parti Liberal Demokratik (LDP) juga mengisytiharkan niat meninggalkan BN dan menyertai PH awal hari ini.
Kurup yakin tiada masalah untuk PBRS menyertai gabungan pemerintah baharu itu.
“Saya sudah bercakap dengan kepimpinan tertinggi PH dan mereka kata ‘anda dialu-alukan,” katanya.

Tun Mahathir bertemu Taib Mahmud, PBB akan sertai PH?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, menurut seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, mesyuarat itu turut dihadiri bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur.
“Taib akan memanggil Ketua Menteri Sarawak Abang Johari sama ada hari ini atau esok untuk bertemu,” katanya kepada Malaysiakini.
Pemimpin PBB itu tidak menolak kemungkinan membentuk gabungan di peringkat negeri, yang dirancang sebelum pilihan raya umum ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan Pakatan Harapan.
“Kerajaan negeri yang bebas dari BN akan membawa idea agenda Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.
Katanya, Abang Johari akan memanggil mesyuarat tergempar pada Rabu depan dengan anggota parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan nasib mereka dalam BN.
BN Sarawak terdiri dari empat parti iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP.
Gabungan itu mempunyai 19 anggota parlimen – 13 dari PBB, PRS (3), PDP (2) dan SUPP (1).
Jika mereka meninggalkan BN, gabungan itu hanya akan tinggal tidak sampai 60 kerusi di seluruh negara.
Pakatan Harapan dan sekutunya WARISAN serta anggota parlimen Batu (bebas), mempunyai keseluruhan 122 kerusi.
Angka itu naik kepada 123 kerusi selepas Upko semalam keluar BN dan presidennya Madius Tangau, yang juga anggota parlimen Tuaran, bekerjasama dengan WARISAN dan HARAPAN.
Anggota parlimen bebas Larry Sng, yang menang selepas mendapat laluan HARAPAN, dijangka terus kekal mesra kerajaan pusat yang baru.
Jika 19 anggota parlimen BN di Sarawak menyertai HARAPAN, gabungan itu akan memperoleh 143 kerusi, kurang lima kerusi sahaja lagi untuk menguasai majoriti dua pertiga dalam parlimen. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena